Datuk Seri Najib Razak sudah dimaklumkan yang usul yang mendesak beliau untuk meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno bukan sesuatu yang dirancang, sebaliknya merupakan usul tergempar, kata Khairy Jamaluddin.
Ketua Pemuda Umno itu berkata, usul sedemikian tidak datang daripada Pemuda Umno Bahagian tetapi tetap akan dibawa untuk perhatian Najib pada masa akan datang.
"Usul itu datang dalam bentuk usul tergempar daripada satu cawangan. Perkara itu pun saya dah maklumkan pada presiden.
"Saya kata, ini adalah usul yang tidak dirancang oleh Pemuda Bahagian tetapi datang daripada satu cawangan.
"Tetapi semua ini kita akan bawa kepada perhatian presiden," katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Dato' Onn petang ini.
sumber
No comments: