» » Dasar pendidikan bahasa Inggeris perlu dikaji semula


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji semula dasar pendidikan berkaitan pembelajaran bahasa Inggeris.

Katanya, ia bertujuan memastikan generasi masa depan negara ini mampu menguasai bahasa itu.

"Satu daripada kelemahan paling besar untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta ialah kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Oleh itu, saya berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula dasar kita mengenai pembelajaran bahasa Inggeris.

"Saya tidak kata kerajaan tidak berbuat apa-apa, tapi maaflah, kita tidak konsisten dengan dasar itu," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Shell Malaysia di Kota Kinabalu hari ini.

Masidi berkata Kerajaan Persekutuan adalah pihak yang paling wajar mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menilai semula penguasaaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar bagi memastikan mereka boleh mendapat tempat lebih baik dalam industri setelah tamat pengajian.

Sementara itu, pengurus besar Shell Sabah Ian Lim berkata program biasiswa itu dilaksanakan sejak lebih 40 tahun lepas.

Katanya, sehingga kini, Shell melabur lebih RM400 juta untuk membantu lebih 1,500 anak muda Malaysia mencapai potensi penuh mereka dalam bidang akademik.

Menurut beliau, pada tahun ini, Shell Malaysia akan membelanjakan lebih RM12 juta untuk menaja 35 penerima biasiswa.

Sepuluh biasiswa ditawarkan kepada pelajar di Sabah, 7 kepada pelajar yang menuntut di universiti tempatan dan 3 untuk yang menuntut di luar negara, katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .