» » 'Saya pegang prinsip jangan curi duit orang'


Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau berpegang teguh kepada prinsip “jangan mencuri duit orang” dan tidak menyalahi undang-undang dalam usaha mendapatkan dana politik.

Perdana menteri juga berkata beliau bersedia menerangkan kepada anggota Umno secara terperinci dengan syarat ia diadakan secara tertutup.

“Perbincangan secara terbuka hanya akan merosakkan Umno,” katanya, menjelaskan ucapan perasmiannya dalam mesyuarat perwakilan Umno Alor Setar semalam.

Menulis dalam blognya hari ini, Najib berkata setelah lebih 40 tahun berkecimpung dalam politik, beliau akan berikrar untuk terus mempertahankan maruah dan kepentingan Umno.

Justeru, katanya, untuk memastikan Umno terus berkhidmat kepada rakyat, saya sentiasa berusaha mencari dana untuk menggerakkan jentera parti.

“Tun Dr Mahathir sendiri mengakui dalam buku Transparency International, di mana dia sebut every political party needs money (setiap parti politik perlu wang),” katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .