» » UMNO perlu selesaikan 3 isu besar sebelum PRU14


Umno perlu menyelesaikan 3 isu besar jika ia berharap untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dalam komen secara terbuka pertama dibuat beliau selepas digugurkan daripada Kabinet empat hari lalu.

Tiga isu itu ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Felda, katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.

"PRU14 akan menjadi sukar dan Umno mesti sangat bersatu dalam jenteranya untuk menghadapinya.

"1MDB, GST dan Felda merupakan isu yang mesti kita tangani," Shafie memberitahu hadirin.

Ia merupakan majlis rasmi pertama Shafie sejak beliau digugurkan daripada Kabinet pada 28 Julai, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan pengendalian skandal 1MDB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

1MDB, yang dimiliki Kementerian Kewangan dan cetusan idea Najib, ketika ini disiasat berhubung hutang terkumpulnya mencecah RM42 bilion.

Penyiasat juga melihat kepada dakwaan yang sejumlah RM2.6 bilion wang daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .