» » Penamatan kontrak Jessica selaras dengan terma perkhidmatan dan bukan ada kaitan dengan siasatan skandal 1MDB


Pemecatan pegawai Jabatan Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur daripada tugasnya dilakukan mengikut terma perkhidmatannya, lapor The Star hari ini.

Memetik Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, akhbar harian itu berkata warga Singapura yang memegang status penduduk tetap Malaysia itu merupakan seorang pegawai kontrak.

"Jessica seorang pegawai kontrak dan kontrak perkhidmatannya ditamatkan mengikut terma kontrak. Itu sahaja yang boleh saya katakan ketika ini. Tiada komen lain," Apandi dilaporkan berkata.

Berita mengenai pemecatan dan pembatalan taraf penduduk tetap Jessica tersebar pada Khamis malam. Permit kediaman tiga anak beliau turut dibatalkan.


Jaminan polis ke atasnya juga dibatalkan pada Jumaat lepas, sumber dipetik sebagai berkata.

Beliau sebelum ini ditangkap bersama bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh pada 1 Ogos dan ditahan selama sehari untuk disoal siasat berkaitan dengan kebocoran maklumat mengenai siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin selepas polis mengambil keterangan mereka.

Jessica menganggotai pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Beliau mengetuai sekretariat pasukan petugas itu, jabatan pentadbiran dan kewangan.

The Star memetik sumber sebagai berkata, lebih baik dibiarkan Jessica berada di negara ini kerana "jika beliau di Singapura, keadaan akan jadi kecoh dan menimbulkan huru hara".

Bagaimanapun, beliau dijangka akan memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar perintah pengusiran yang dikeluarkan terhadapnya oleh Kementerian Dalam Negeri.

Jessica, yang sudah 20 tahun menetap di Malaysia, juga memohon untuk mencabar pemecatan beliau dari Jabatan Peguam Negara.

Rashpal dikatakan pernah mengadakan pertemuan dengan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di London, berhubung maklumat mengenai 1MDB.

Tetapi, beliau dibersihkan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob yang mengatakan bulan lalu Rashpal tidak mempunyai akses kepada siasatan berterusan agensi itu memandangkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai ahli lembaga penasihat itu berakhir pada Februari.

Akhbar Singapura, The Straits Times pula melaporkan kenyataan Kementerian Luar negara itu yang berkata Suruhanjaya Tingginya di Kuala Lumpur bertemu Jessica dan memberikan bantuan konsular.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .