» » Marina Mahathir sertai BERSIH 4 di London


Aktivis Datin Paduka Marina Mahathir tidak akan menyertai Bersih 4 di Kuala Lumpur namun menyertai himpunan seumpamanya yang diadakan di London kerana mempunyai komitmen lain.

Marina yang merupakan anak sulung kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyertai Bersih 2 dan Bersih 3 yang diadakan pada 2011 dan 2012.

"Saya bimbang saya tidak dapat bersama anda kali ini. Saya sudah pun menempah untuk ke London sejak dulu dan tidak boleh menukar rancangan.

"Tetapi saya akan menyertai himpunan itu di London bersama Bersih UK dan akan mengirimkan gambar," katanya menerusi akaun Facebook hari ini.

Beliau menyifatkan himpunan yang akan bermula petang ini adalah "hari besar" kepada semua rakyat sambil menyifatkan ramai yang menyertainya buat pertama kali.

"Dalam kes tertentu, mereka yang baru ini adalah mereka yang patuh dan saya tidak terfikir mereka akan menyertai demo. Namun itulah tahap kemarahan dan rasa tidak puas hati," katanya.

Marina percaya himpunan Bersih 4 hari ini adalah yang terbesar dari segi saiznya.

"Harap perkara yang baik dilakukan pihak berkuasa dan mereka akan membiarkannya. Pastikan selamat, jaga diri dan yang penting nikmati suasananya. Saya rindukan kamu semua," katanya.

Marina sebelum ini lantang mengkritik dasar kerajaan dan cenderung membela nasib kaum wanita dalam pertubuhan bukan kerajaan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .