» » BERSIH 4 cuba hancurkan Malaysia


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata penganjuran perhimpunan Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok bukan saja cuba menukar kerajaan malah berniat menghancurkan negara.

Beliau berkata ini kerana penganjuran perhimpunan haram itu dilihat menggunakan modul sama seperti yang dipraktikkan dalam pemberontakan 'Arab Spring' di negara-negara Timur Tengah.

"Kita dah lihat modul digunakan Bersih sama dengan mereka yang ingin jatuhkan kerajaan melalui 'Arab Spring' di mana tiada ketua atau organisasi yang jelas bertanggungjawab selain menggunakan media sosial.

"Bila kerajaan di Libya, Yaman hancur, rakyat yang menderita sehingga ada yang terpaksa melarikan diri ke negara lain. Akhirnya siapa yang bertanggungjawab (terhadap perhimpunan itu)? Ini yang cuba dibuat oleh Bersih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Selangor di Kuala Selangor, hari ini.

Sehubungan itu, katanya beliau tidak hairan apabila penganjuran Bersih 4 mendapat sokongan pihak luar yang jelas mahu melihat Malaysia tidak stabil dan tidak aman.

"Bersih ternyata tidak datangkan apa-apa kebaikan kepada negara. Lebih menyedihkan penganjuran perhimpunan ini turut menganggu persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan pada Isnin ini," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .