» » Ku Li kata beliau tiada masalah dengan Najib Razak


Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, walaupun terdapat desas-desus segelintir pihak yang mahukan beliau menjawat jawatan nombor satu negara itu.

Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno bahagian Gua Musang berkata hubungan beliau dengan perdana menteri juga baik dan beliau sering berjumpa dengan Najib.

"Saya (ada) jumpa perdana menteri Ahad lepas. Kalau desas-desus ini, tidak habis-habislah," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Gua Musang di Dewan Bukit Chekati hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Ketua Umno bahagian Gua Musang Datuk Nozula Mat Diah.

Tengku Razaleigh turut mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai anggota Parlimen Gua Musang.

"Saya tidak bersara (daripada politik) tetapi saya tak nak (bertanding sebagai anggota Parlimen Gua Musang). Saya sudah beritahu dekat Najib. Saya rasa ini penggal akhir sayalah dan saya harap mereka semua fahamlah. Saya bukan tongkat langit," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .