» » 'Jangan buat spekulasi isu duit RM2.6 bilion masuk dalam akaun peribadi Najib Razak'


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak supaya tidak menimbulkan spekulasi sama ada wang RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Semua pihak perlu menunggu hasil siasatan pasukan petugas khas ke atas 1MDB terlebih dahulu, katanya semasa mengulas satu video menunjukkan perbualan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tolong hormati keputusan siasatan. Biar siasatan itu mendedahkan kebenaran," katanya.

Zahid juga mengelak apabila ditanya sekiranya perkara yang disebut dalam rakaman video itu adalah fakta yang benar.

"Adakah anda membawa suara negara lain untuk bertanya soalan ini," kata Zahid.

Dalam video itu, Muhyiddin didakwa menyebut bahawa Najib mengakui wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .