» » Video pendedahan Muhyiddin RM2.6 bilion dalam akaun Najib hanya dianggap khabar angin


Dakwaan bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rakaman video mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi miliknya mempunyai nilai guaman yang rendah sekiranya tindakan undang-undang ingin diambil, kata peguam.

Mereka berkata, rakaman itu hanya sekadar khabar angin dan tidak mempunyai nilai bukti di mahkamah.

Khabar angin tidak boleh digunakan di mahkamah, kata peguam kepada The Malaysian Insider.

Mereka sebaliknya berkata, dakwaan itu hanyalah mempunyai nilai politik untuk mengukuhkan persepsi umum, sejumlah wang dengan nilai yang besar dipindahkan ke dalam akaun Najib.

Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon berkata, untuk video itu diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti, ia perlu disahkan keasliannya.

"Untuk melakukannya, Muhyiddin perlu mengesahkan kandungan video tersebut dan mengakui beliau adalah individu yang dirakamkan di dalam video itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada video berkenaan akan memberikan kesan sekiranya Najib berhasrat menyaman The Wall Street Journal (WSJ) susulan laporan akhbar perniagaan itu mendakwa Najib menerima dana berkernaan melalui akaun AmBank miliknya pada Mac 2013.

Najib bagaimanapun menafikan dakwaan itu, namun tidak mengulas lanjut berkenaan pemindahan wang itu.

Beliau turut mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dengan agen asing menentang pentadbirannya.

Vendaragon berkata, mahkamah akan menentukan nilai bukti yang dikemukan Muhyiddin jika beliau dijadikan sebagai saksi kepada defendan, termasuk WSJ.

"Beliau akan disoal sama ada melakukan laporan polis kerana terdapat salah laku jenayah dilakukan membabitkan sejumlah besar wang ke dalam akaun peribdai," katanya.

Peguam Fahri Azzat berkata, video dan kenyataan Muhyiddin hanyalah bukti kedua di mahkamah untuk WSJ menggunakannya sebagai pertahanan daripada saman Najib.

WSJ katanya perlu mengemukakan penyata bank Najib untuk mengesahkan laporan mereka.

"Inilah pertahanan pertama untuk membuktikan kepada mahkamah bagi mengetepikan saman," katanya.

Fahri berkata, testimoni Muhyiddin hanya akan menjadi bukti sokongan Najib mengakui wang itu dipindahkan ke dalam akaunnya.

"Bagi saya, video itu hanya mempunyai nilai politik, bagi orang mempercayai sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun Najib," katanya.

Video berkenaan tersebar luas susulan pengguguran Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa, selepas Najib mengumumkan rombakan Kabinet.

Video itu memaparkan pertemuan Muhyiddin bersama beberapa individu di kediamannya.

Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir turut dilihat duduk di sebelah Muhyiddin. Turut kelihatan adalah bekas menteri Kabinet Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzhir.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .