» » Polis serah kepada pasukan khas siasat video bocor Muhyiddin


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak akan menyiasat video bocor perbualan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa perdana menteri mengaku menerima AS$700 juta (RM2.6 bilion) dalam akaunnya.

Menurutnya, ini kerana polis tidak akan mengulas siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diuruskan pasukan petugas khas.

"Saya tak akan ulas siasatan 1MDB. Sudah ada task force yang menyiasatnya," kata Khalid menjawab soalan wartawan tentang video itu yang disiarkan media, malam tadi.

Khalid turut menafikan khabar angin berkenaan wujudnya siasatan pasukan Cawangan Khas (SB) terhadap Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

"Tiada (siasatan) oleh pihak kami," katanya ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media di Maktab Polis Cheras, Kuala Lumpur.

Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Datuk Seri Najib Razak mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya

Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya malam tadi, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu.

“Saya tanya dia (Najib) daripada siapa? Dia tak sebut nama, tetapi dari Timur Tengah. Berapa banyak? Lepas itu dia kata, susah nak kata, dia kata ‘a lot, a lot’.

Kemudian saya kata, kenapa masuk akaun anda? Kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? AS$700 juta.

“Kalau anda kali dengan 3 (tiga perpuluhan)... RM2.6 bilion masuk ke akaun peribadinya. Ini dia sebut, dia mengaku,” kata Muhyiddin dalam video itu.

Video itu terus berakhir sebaik selepas Muhyiddin berkata, “jadi, saya kata kenapa anda letak dalam akaun peribadi anda”.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .