Peristiwa yang melanda negara antaranya rombakan Kabinet yang berlaku baru-baru tidak menggembirakan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
Pada satu sidang media di Putrajaya, badan bukan kerajaan (NGO) Melayu itu mengakui kurang senang dan bimbang dengan pelbagai krisis tidak menguntungkan mana-mana pihak.
"Secara keseluruhan negara sekarang, saya tidak gembira. Banyak sangat masalah, hubungan kaum, ekonomi, nilai ringgit jatuh, perubahan Kabinet pun berlaku dengan tiba-tiba, semua isu saya tidak gembira," katanya kepada pemberita.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri sebaliknya mahu melihat prestasi Kabinet baru yang menampil banyak muka-muka baharu.
"Nak komen apa lagi? Benda dah jadi (pengguguran Muhyiddin), saya tidak mahu komen lanjut," katanya.
"Saya harap ia, (krisis di Malaysia) akan diperbaiki,"
"Kalau Perkasa nasihat, kalau tak banyak pun sikit-sikit, mesti membantu mereka,(kerajaan)."
Beliau merujuk kepada saranan dan cadangan Perkasa terutamanya dalam memperkasakan ekonomi bumiputera.
Terdahulu, satu perjumpaan diadakan antara Perkasa dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar membincangkan tentang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Putrajaya.
Antara intipati perjumpaan bersama itu adalah Perkasa mencadangkan agar satu polisi induk diwujudkan untuk menjadi garis panduan utama dalam pentadbiran negara.
Rombakan Kabinet selasa lalu, menggugurkan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri dan empat menteri lain.
Muhyiddin dipercayai dipecat selepas mempersoalkan secara terbuka isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut disingkirkan sebagai menteri namun kedua-duanya masih mengekalkan kedudukan dalam Umno.
sumber
No comments: