» » SPRM beri jaminan akan lengkapkan siasatan skandal 1MDB


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan melengkapkan siasatannya walaupun dengan ketiadaan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara.

Dalam kes SRC International Sdn Bhd, kata SPRM, sama ada dengan atau tanpa pasukan petugas khas, setelah ketiadaan Gani, siasatan ke atas syarikat itu akan diteruskan sehingga lengkap sepenuhnya.

Apabila selesai siasatan, kata SPRM, ia akan mengemukakannya kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan tindakan lanjut.

Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM mengulangi ia hanya menyiasat SRC International dan bukan 1MDB.

"Ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan petugas khas, yang dianggotai oleh ketua Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu peguam negara," kata suruhanjaya itu lagi.

Bagi melengkapkan siasatan SRC International Sdn Bhd, katanya, SPRM masih lagi mengesan beberapa saksi penting.

"SPRM memohon kepada orang ramai agar memberi ruang kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan," tambahnya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .