» » Penghantar surat pula ditahan berkaitan skandal 1MDB


Seorang penghantar surat berusia 27 tahun dari sebuah syarikat perdagangan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini, menjadikan beliau individu kelima ditahan bagi penyiasatan ke atas dana negara yang dibebani hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman memberikan 4 hari reman bagi Tazri Talib yang ditahan pada jam 6.30 petang di rumah keluarganya di Bentong, Pahang oleh pasukan petugas khas yang menyiasat kes 1MDB, semalam.

Dia ditahan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM kerana dakwaan rasuah.

SPRM bekerja keras dengan membuat beberapa siri tangkapan berhubung penyiasatan 1MDB.

Antara yang ditahan sebelum ini ialah Jerome Lee, 39, pengarah eksekutif kumpulan syarikat pembinaan Putrajaya Perdana Berhad; Datuk Shamsul Anwar Sulaiman daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd; Ariffin Ismail Shahul

Hameed daripada sebuah syarikat perdagangan dan Datuk Rosman Abdullah, pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan.

Shamsul dan Lee dibebaskan dengan jaminan RM100,000 serta dua penjamin setiap seorang manakala 3 lagi masih dalam tahanan SPRM. –

Maklumat dalam talian menunjukkan pengarah eksekutif syarikat pembinaan Putrajaya Perdana Berhad yang berusia 39 tahun itu difahamkan sebelum ini bekerja sebagai pengarah pelaburan dengan 1MDB.

Lee juga dikatakan pernah berurus niaga dengan SRC International Sdn Bhd, yang dimiliki Kementerian Kewangan tetapi pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Syarikat ini juga disebut dalam tuduhan oleh The Wall Street Journal (WSJ) sebagai salah satu entiti dalam aliran wang ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Shamsul daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd dibebaskan dengan jaminan semalam.

Rosman, Ariffin dan Tazri kini ditahan reman bagi siasatan.

Ariffin, 28, pemilik sebuah syarikat perdagangan, ditahan pada Jumaat selama 4 hari selepas ditahan pada Khamis malam.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .