Siapa kata anak kacukan tak suka suasana desa dan rimas balik ke kampung? Pelakon Christina Suzzane salah satu contoh anak Pan Asian yang sukakan kedamaian kampung.
Apatah lagi dia berasal dari Sungai Lembing, Pahang yang masih lagi banyak pemandangan hijau bila balik ke kampung.
“Setiap tahun saya beraya di Sungai Lembing, Pahang, untuk beraya bersama nenek. Raya baru-baru ini juga saya beraya di kampung nenek saya,” kata Christina.
Dia memang teruja balik kampung sebab sukakan pemandangan hijau dan kedamaian di kampungnya yang masih kekal.
“Saya suka tengok kehijauan kampung. Semasa berada di sana saya ambil peluang berjalan-jalan dan menikmati suasana kampung saya yang mendamaikan.
“Saya banyak masa duduk bersembang dengan nenek dan melayan nenek bila sesekali balik kampung,” katanya lagi.
No comments: