Maruah dan harga diri seseorang menjadi terlalu rendah jika mereka menyokong kepada pihak yang korup, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.
Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu berkata, beliau sama sekali tidak akan memberikan sokongan kepada seseorang - sama ada dalam FAM atau sebarang organinasi lain - jika didapati terlibat dalam korupsi.
"Saya tidak akan sekali-kali menyokong seseorang di dalam FAM atau mana-mana organisasi yang korup.
"Sekiranya kita tetap memberikan sokongan kepada mereka yang kita tahu sememangnya korup demi kepentingan diri, itu menunjukkan betapa rendahnya harga diri dan maruah kita," kata Tengku Mahkota Johor itu.
Beliau bukan tokoh yang asing dalam membuat kenyataan terbuka dan keras ketika dirasakan perlu.
Baru semalam Tunku Ismail memberikan pandangan - yang dilihat berlapis - mengenai keadaan seseorang yang "lemas".
Ia menjadi menarik kerana status berbentu soal jawab itu dipaparkan beberapa jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan pemimpin kanan dari Umno Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin, diketepikan.
Kenyataan terbaru TMJ itu dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.
No comments: