» » 'Siasatan skandal 1MDB dibuat secara cincai dan tidak serius'


Peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini termasuk proses siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta pemecatan pegawai-pegawai kerajaan, menimbulkan persepsi masyarakat terdapat usaha bersepadu untuk menghentikan siasatan, kata Transparency-International Malaysia (TI-M).

Ura-ura mengatakan siasatan yang sedang dijalankan seakan-akan berakhir, kata presidennya Datuk Akhbar Satar menambah seluruh skandal 1MDB mempamerkan sikap tadbir urus tidak baik, tidak berintegriti dan tidak menghormati undang-undang.

"Proses siasatan yang lembab seperti siput dan dengan penghentian aktiviti PAC ditambah dengan pemecatan pada 29 Julai, bagaimana rakyat Malaysia yang bijak akan melihat seluruh episod? Sesungguhnya mereka akan fikir ini usaha menghentikan siasatan 1MDB,"

"Ditambah pula akhbar yang secara agresif mendedahkan isu-isu berkaitan 1MDB yang ditekan dengan penggantungan. Janji tiada sekatan Internet juga tidak ditepati"

Bagi TI-M, siasatan itu seperti "hidup segan mati tak mahu"atau sudah mati memandangkan ikan bilis yang disabitkan kesalahan" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara kerana faktor kesihatan walhal beliau sebahagian pasukan petugas 1MDB yang menyiasat dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) awal bulan lalu yang berbilion ringgit dimasukkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah mengejutkan.

Presiden TI-M Akhbar Satar membangkitkan beberapa perkembangan yang baginya mengejutkan dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan dijalankan, iaitu:

- Pemecatan Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara. Gani terlibat dalam pasukan siasatan khas 1MDB.

- Pelantikan pengarah polis Cawangan Khas (SB) yang baru Mohamad Fuzi Harun serta insiden kebakaran di Bukit Aman yang dikatakan hanya memusnahkan dokumen “tidak penting”.

- Pelantikan empat daripada 13 anggota PAC, termasuk pengerusinya ke dalam kabinet.




About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .