» » 'Iintegriti sudah hilang dalam pentadbiran kerajaan Malaysia'


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggantikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa untuk menyembunyikan perkara sebenar berhubung kontroversi 1MDB.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata adalah malang bagi Muhyiddin apabila tidak dapat bercakap sesuatu perkara dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat atas kapasitinya sebagai seorang anggota kabinet.

“Jika pun persoalan Tan Sri Muhyidin itu adalah atas kapasiti sebagai seorang anggota Kabinet, apa masalahnya untuk beliau berkata sesuatu dalam konteks melindungi kepentingan negara dan rakyat?

"Apa yang dibangkitkan oleh Muhyidin ialah persoalan integriti dan amanah seorang perdana menteri yang telah pun hilang," katanya dalam satu kenyataan.

Mahfuz juga merpersoalkan, apakah salah untuk seorang timbalan presiden Umno menyatakan demikian di hadapan ahli-ahli Umno?

Apatah lagi, umum mengetahui Muhyidin menyatakan semua itu dalam program dalaman Umno dan yang terakhir pada ucapan perasmian mesyuarat agung Umno Cheras atas kapasitinya sebagai timbalan presiden Umno, kata Mahfuz.

Malah, beliau mendakwa negara kini berada di ambang keruntuhan kerana mereka yang terpilih dilantik menganggotai kabinet kali ini adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib.

"Negara kini di ambang keruntuhan. Apa yang hendak diharap pada anggota kabinet yang baru untuk nak menyelamatkan negara, sedangkan mereka terpilih dilantik menganggotai kabinet adalah kerana mereka boleh berkomplot dan berkonspirasi untuk melindungi Najib agar terselamat daripada pendakwaan di Mahkamah berkaitan Skandal 1MDB," jelasnya.

Justeru, ujar Mahfuz rakyat Malaysia kini tidak ada pilihan selain menuntut pembubaran Parlimen dan diadakan segera pilihan raya baru untuk rakyat membuat perubahan demi Malaysia tercinta.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .