Akhbar Wall Street Journal baru sahaja menyiarkan beberapa siri dokumen yang didakwa menunjukkan kemasukan berbilion ringgit di dalam akaun Perdana Menteri Najib Razak seperti yang didedahkan baru-baru ini.
Dokumen-dokumen ini, jika benar, amatlah merisaukan dan memberi gambaran yang buruk terhadap ketelusan Najib dan juga pentadbiran serta sistem perbankan negara. Ini ditambah dengan kenyataan panel siasatan Kamar Peguam Negara, SPRM, Polis dan Bank Negara bahawa enam akaun bank dibekukan selepas pendedahan WSJ.
Lebih serius lagi, empat bulan selepas dikatakan bermulanya transaksi pertama ke akaun Najib, pengasas Ambank Hussain Ahmad Najadi dibunuh.
Saya mengulangi gesaan yang dibuat sebelum ini supaya Perdana Menteri dan pihak yang melindungi beliau untuk memperjelaskan isu ini dan membersihkan nama beliau.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa mestilah jalankan siasatan yang terperinci dan bebas daripada pengaruh mana-mana pihak lain dengan penubuhan sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja.
Keadilan haruslah ditegakkan dengan penuh ketulusan demi maruah perundangan negara.
Najib juga mestilah mengambil untuk memastikan bahawa siasatan yang dijalankan adalah terperinci, telus dan diyakini.
Najib mestilah mengambil cuti serta-merta agar siasatan yang menyeluruh, telus dan berwibawa dapat dijalankan.
sumber
No comments: