» » 'Akaun AmBank Najib Razak telah ditutup sebelum pendedahan WSJ'


Akaun bank Datuk Seri Najib Razak di AmBank Islamic sudah ditutup sebelum The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan bilion ringgit dipindahkan ke akaunnya, minggu lalu, kata pasukan petugas khas kerajaan hari ini, mengesahkan perdana menteri mempunyai dua akaun di bank berkenaan.

Dalam satu kenyataan hari ini pasukan petugas khas berkata, dua akaun ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac tahun ini.

Sehubungan itu, akaun berkenaan bukan di antara 6 yang dibekukan pasukan petugas khas pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan dalam laporan WSJ.

Menurut kenyataan itu, pasukan petugas khas memperoleh dokumen bank berkaitan dengan akaun berkenaan.pada 9 Julai, 2015.


Ia berkata pasukan petugas khas sudah memperoleh dokumen bank berkaitan akaun berkenaan.

“Berkenaan perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai, 2015 terhadap 6 akaun bank, tiada akaun bank di AmBank Islamic dipegang perdana menteri pada tarikh ia dibekukan kerana 2 akaun bank berkenaan sudah ditutup pada 30 Ogos, 2013 dan 9 Mac, 2015.

“Pasukan petugas khas sudah memperoleh dokumen bank berkaitan akaun berkenaan,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara itu.

Ini nampaknya adalah pengesahan pertama menunjukkan Najib pemegang 2 akaun bank di AmBank, seperti dilaporkan WSJ dalam laporannya pada 2 Julai yang mengatakan ia memperoleh dokumen daripada penyiasat kerajaan.

Penutupan itu dibuat tidak lama selepas dakwaan pindahan dana berkenaan dibuat.

WSJ melaporkan AS$681 juta (RM2.6 bilion) asalnya daripada Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, dimasukkan ke dalam akaun Najib menerusi 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac, 2013, sebelum pilihan raya umum tahun itu pada Mei.

Pasukan petugas khas hari ini berkata salah satu daripada akaun itu ditutup pada 30 Ogos, tahun yang sama.

Sejumlah AS$11.1 juta (RM42 juta) lagi daripada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan dipindahkan dalam 2 transaksi antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Akaun kedua ditutup pada 9 Mac tahun ini, kata kenyataan pasukan petugas khas itu.

Pasukan petugas khas itu pada Selasa membekukan 6 akaun berkaitan siasatannya.

Susulan pengumuman itu, sumber memberitahu The Malaysian Insider, 3 daripada akaun yang dibekukan itu milik Najib, selain satu masing-masing milik SRC International dan Ihsan Perdana, syarikat tempatan yang menjadi sebahagian daripada aliran wang RM42 juta berkenaan.

Melaporkan mengenai pembekuan itu, WSJ berkata akaun yang dibekukan itu berbeza daripada akaun yang dilaporkan.

WSJ juga memuat naik dokumen yang digunakan dalam laporannya yang menunjukkan arahan pindahan telegrafik dan carta menunjukkan aliran wang itu.

Najib menafikan mengambil wang untuk kepentingan peribadi, tetapi tidak membuat kenyataan secara langsung mengenai pindahan dana ke akaunnya.

Bank Negara Malaysia dand AmBank juga tidak memberi respons terhadap tuduhan itu.

Kenyataan pasukan petugas khas hari ini berkata dokumen berkenaan yang sedang disiasat diberikan oleh kumpulan itu sendiri dan bukan daripada apa yang WSJ siarkan.

Kenyataan itu ditandatangani 4 ahli pasukan petugas khas itu; Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .