» » Najib Razak kian terasak dengan tuduhan skandal RM2 biliion nya


Pasukan petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke 
dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan 6 akaun bank bermula 6 Julai 2015 lalu.

Walaupun tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera menimbulkan persepsi bahawa dakwaan The Wall Street Journal pada Jumaat lalu hampir menuju kebenarannya di mana akaun bank yang didakwa itu benar-benar wujud.

Siapakah pemilik 6 akaun bank yang dibekukan itu?

Itulah persoalan yang bermain di kepala rakyat sekarang dan dalam laporan terbaru Malaysiakini pula, ia melaporkan 3 daripada 6 akaun bank yang dibekukan itu adalah milik Najib.

Najib pula di sebalik didakwa menerima wang tersebut, sehingga ini belum mengesah atau menafikan memiliki akaun bank sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu.

Beliau hanya menafikan tidak pernah mengambil wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.

Namun, dengan laporan 3 akaun bank itu adalah milik Najib, sebahagian dakwaan WSJ itu seperti sudah ada jawapannya.

Siapa pemilik 3 akaun yang lain yang dibekukan itu?

Ada kemungkinan ia adalah milik SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang dipercayai menyalurkan wang tersebut serta sudah diserbu pejabat mereka sebagaimana pengakuan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada Sabtu lalu.

Dengan pendedahan Malaysiakini bahawa 3 akaun bank yang dibekukan itu milik Najib, ia sekali lagi memberikan tamparan kepada perdana menteri untuk terus bertahan mengekalkan jawatannya.

Belum pun tindakan saman mahu dilakukan, dan Najib sendiri sedang terkial-kial mengaku sama ada benar atau tidak beliau mempunyai akaun di Ambank, pembekuan 6 akaun bank, termasuk 3 yang dikatakan milik Najib ini, tentu saja menyebakan isu ini makin menarik perhatian dunia.

Dalam masa yang sama, sokongan rakyat akan terus merudum terhadap Najib berikutan pendedahan terbaru ini kerana belum pernah seorang Perdana Menteri dibelit dengan isu yang sebegini memalukan.

Sementara rakyat semakin meyakini laporan WSJ ada kebenarannya, Najib pula kian terasak dan terkapai-kapai untuk mempertahankan dirinya.

Ini membuatkan Najib semakin tidak banyak pilihan sekarang ini - berundur atau akan diundurkan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .