» » Arul dan Shahrol perlu menghadap PAC minggu depan untuk sambung siasatan skandal 1MDB


Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Halmi dan presidennya Arul Kanda Kandasamy perlu menghadap Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bermula minggu hadapan, kata Tony Pua.

Pua yang juga anggota PAC menambah, meskipun pengerusi PAC dan 3 lagi anggota sudah tiada selepas rombakan Kabinet, jawatankuasa tersebut masih sah dari segi undang-undang.

"Ia merupakan perintah Dewan Rakyat, PAC ditubuhkan secara sah dan tiada peruntukan untuk menghentikannya," kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu kepada pemberita di Kuala Lumpur.

"Maka pada 4 Ogos, Shahrol mesti hadir dan dan Arul pada 5 ogos dan Hazem pada 6 Ogos," kata Pua merujuk kepada Mohd Hazem Abdul Rahman, yang berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif 1MDB dari Mac 2013 hingga Januari 2015.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .