» » Shahidan Kassim hadir forum bukan untuk sokong Najib Razak atau Dr Mahathir


Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan di antara menteri Kabinet dilihat hadir pada dialog "Nothing To Hide" yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut menteri di jabatan perdana menteri itu, kehadirannya di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pagi ini bukan untuk menyokong Najib atau Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi sekadar untuk meninjau keadaan.

"Tidak, saya hanya datang untuk lihat-lihat. Lagipun Najib juga katanya akan datang jadi tak salah untuk saya turun juga," katanya apabila ditemui pemberita.

Shahidan mendakwa beliau kini menggalas tugas sementara menteri dalam negeri sewaktu ketiadaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berada di Arab Saudi.

"Saya memangku tugas menteri dalam negeri sementara, bukan sahaja menteri dalam negeri namun agama juga," katanya merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib bagaimanapun tidak hadir ke forum tersebut selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkannya dihentikan di atas faktor keselamatan.

Forum yang gagal dihadiri Najib itu menjadi panas selepas polis menghalang Dr Mahathir daripada bercakap dan mematikan mikrofon.

Tindakan polis itu menyebabkan hadirin marah dan menjerit kepada mereka.

Dr Mahathir pada sidang medianya berkata, Najib gagal menggunakan ruang yang disediakan SukaGuam untuk memberikan penjelasan tentang 1MDB.

Beliau berkata akan siasatan terhadap insiden pembatalan forum tersebut akan dijalankan.

"Itu kita akan siasat kenapa, sebab yang kita persoalkan kenapa forum itu dibatalkan pada saat akhir patutnya kalau nak batal , beritahu awal-awal," katanya.

Selain itu, beliau ditanya mengenai kata dua Najib pada Kabinet untuk meletakkan jawatan sekiranya tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan mengenai skandal 1MDB.

Shahidan berkata pendiriannya sama dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz iaitu Najib tidak menyatakan secara serius mengenai perkara itu.

Bagaimanapun beliau mengakui tidak mendengar kenyataan Najib itu ketika mesyuarat Kabinet dan berkata tidak ada sebarang dokumen ditunjukkan mengenai syarikat sarat hutang itu.

"Saya tidak dengar kenyataan Najib itu.. masa itu saya tidak dengar namun saya yakin beliau hanya cakap bersahaja tapi memang tidak ada dokumen yang ditunjukkan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .