» » 'Demi keselamatan elok perdebatan Dr Mahathir dan Najib Razak dibuat live di televisyen'


PERKASA menyambut baik pembatalan dialog dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur hari ini atas faktor keselamatan.

Justeru, NGO pendesak Melayu itu mencadangkan supaya perbahasan antara Najib dan pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad dapat berlangsung dengan aman di kaca televisyen.

“Saya cadangkan satu perbahasan, perbincangan tidak buat dalam keadaan begini (dialog terbuka)

“Kalau Najib sedia berdepan dengan Tun M, lakukan melalui TV.

“Kita di rumah tengok dengan cara yang tenang dan aman,” kata presidennya Datuk Ibrahim Ali yang berharap pertikaian kedua-dua pemimpin itu selesai.

Najib hari ini sepatutnya hadir dalam dialog terus terang bersama aktivis NGO dalam acara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi ini mengumumkan pembatalan program itu di Twitter atas alasan keselamatan.

Semalam, Mahathir dispekulasi meluas akan hadir dan bertembung dengan Najib dalam majlis itu.

Bekas perdana menteri 22 tahun itu pagi ini benar-benar tunjuk muka dan mencuri pentas untuk
berucap sebentar sebelum diminta berhenti dan diiring supaya beredar oleh polis.

'Bacul, penakut, tiada alasan lain'


Sementara itu bekas pemimpin Umno Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menyifatkan Najib sebagai “bacul” kerana tidak hadir ke sesi dialog itu pagi tadi.

“Najib penakut, tidak ada alasan lain. Najib tak datang sebab kerana Najib penakut, bacul, tak layak jadi perdana menteri. Dia bacul. Tidak ada alasan lain.


“Najib gagal untuk ambil peluang menerangkan perkara sebenar kepada rakyat,” katanya yang pernah membuat laporan polis berhubung masalah sekitar 1MDB, syarikat cetusan ilham Najib.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .