Belumlah lagi ada perancangan untuk tamatkan zaman bujang, Namun pelakon cantik Nelydia Senrose tidak kisah sekiranya jodoh datang awal.
Apatah lagi hatinya kini sudah dimiliki pelakon Qi Razali dan mereka juga sudah membuat pengakuan pasal hati dan perasaan.
Nelydia baru 21 tahun dan Qi dah masuk 37 tahun. Nelydia siap berpesan kepada ibu yang mengerjakan umrah sekarang untuk mendoakannya semasa menziarah di Jabal Rahmah agar disegerakan johohnya.
Baginya perkahwinan tidak mengenal usia dan usia remaja bukanlah tanda seseorang belum matang untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.
“Kalau kita lihat semula, datuk nenek kita pun kahwin pada usia yang muda dulu-dulu dan mereka boleh menempuhi alam perkahwinan dengan jayanya,” kata Nelydia kepada Hits, Utusan Malaysia.
Dia juga menjadikan rakan baiknya, pelakon Erin Malek yang lancar kehidupan rumah tangganya walaupun masih remaja sepertinya semasa bernikah.
“Berjaya atau tidaknya perkahwinan itu bergantung kepada empunya badan yang mengendalikan perkahwinan mereka.
“Jika baik dan betul jalan yang dipilih, insya-Allah baik jugalah balasan yang bakal diterima. Saya tak nampak usia muda sebagai menggambarkan pemikiran seseorang tidak matang,” kata Nelydia yang kini menghangatkan semula drama Strawberi & Karipap.
No comments: