» » Erra Fazira menjawab ringkas bila ditanya berkenaan kekasih baru


Akhir-akhir ini, nama Erra Fazira kembali menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan sedang hangat bercinta dengan seseorang.

Apakah percintaan ini menandakan Erra bakal melangkah ke jenjang pelamin dan siapakah jejaka yang berjaya mencuri hati bintang jelita ini?

“Bohonglah jika Erra tiada naluri untuk berkawan dengan lelaki kerana itu adalah fitrah kehidupan,” katanya.

Begitulah komennya kepada majalah Wanita apabila diminta bercerita mengenai isu lelaki baru yang dikatakan hadir dalam hidupnya.

Erra menghiasi kulit hadapan majalah Wanita keluaran Jun 2015 yang kini sudah berada di pasaran.

Majalah tersebut turut melaporkan yang Erra mengakui sedang rapat dengan seseorang.

“Berkawan dan mengenali itu adalah tanggungjawab Erra untuk mencari teman yang mungkin akan menjadi khalifah buat Erra pada suatu hari nanti.

“Kita hanya mampu berusaha. Dia yang menentukan,” ujarnya.

Ibu kepada puteri tunggal, Engku Aleesya, enam tahun ini bagaimanapun belum bersedia untuk mendedahkan identiti lelaki yang mulai menambat hatinya.

“Masih terlalu awal untuk Erra perjelaskan di sini siapakah lelaki terebut kerana ia masih di peringkat awal persahabatan kami.


“Cukup sekadar Erra mengakui sedang mengenali seseorang bagi menghentikan tohmahan dan gosip yang cuba memadankan Erra dengan si polan-si polan,” jelasnya yang sudah lebih setahun bergelar ibu tunggal.

Erra yang baru-baru ini menjadi juri tetap program realiti, Kilauan Emas Musim Kelima ini menyambung komennya.

“Lagipun banyak buruk daripada baik jika Erra terlalu bercerita tentang sesuatu yang masih samar.

“Insan yang sedang Erra kenali ini, cukuplah Erra katakan, dia melengkapi apa yang tidak lengkap dalam diri Erra.

“Selebihnya, Erra tidak berani nak komen lebih kerana kami hanya berkawan. Jika ada jodoh, biarlah ia bergerak dengan sendiri… Biarlah Allah yang dorong jodoh itu,” jelasnya.

Selain isu teman lelaki dan jodoh, cerita kulit hadapan majalah Wanita terbaru ini juga turut memaparkan perkembangan terbaru Erra yang lain termasuk bisnes yang akan diusahakan semasa bulan Ramadan nanti.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .