» » Muhyiddin Yassin hanya senyum bila ditanya mengenai skandal 1MDB


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya tersenyum dan tidak memberikan sebarang ulasan apabila ditanya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas laporan mengatakan Datuk Seri Najib Razak memberi kata dua kepada jemaah menteri supaya meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengannya.

Muhyiddin tidak berada semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas ketika Najib dikatakan memberi kata dua itu kerana sedang bercuti di Australia.

Muhyiddin yang ditemui pemberita selepas menghadiri majlis anjuran UEM Land di KL Sentral sekadar berjalan diiringi pengawal peribadi tanpa memberikan sebarang komen apabila ditanya mengenai 1MDB.

Sejak pulang daripada bercuti pada Ahad baru-baru ini, Muhyiddin tidak memberikan sebarang kenyataan dan mengulas mengenai mesyuarat Kabinet yang tidak dihadirinya itu.

Dalam mesyuarat tersebut, Kementerian Kewangan membentangkan mengenai laporan 1MDB dan beberapa rancangan penstrukturan untuk memulihkan semula syarikat itu.

Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno sebelum ini lantang mengkritik 1MDB selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan serangan secara terbuka terhadap Najib bagi mendesaknya berundur.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .