» » Khalid enggan ulas laporan 80% petugas keselamatan M'sia yang jaga sempadan makan rasuah


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar enggan mengulas laporan polis Cawangan Khas (SB) berhubung 80% kakitangan keselamatan negara dan pegawai penguatkuasa di sempadan Malaysia terbabit dalam kegiatan rasuah.

Khalid sebaliknya mengarahkan pemberita mendapatkan penjelasan berhubung isu itu kepada pengarah SB.

"Dia ada butir-butirnya. Telefon dia, tanya dia.

"Dapatkan butir daripada pengarah cawangan khas ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam akhbar New Straits Times melaporkan SB mendedahkan peratusan mengejutkan berhubung kakitangan keselamatan dan pegawai penguatkuasaan negara di sempadan Malaysia terlibat dengan rasuah.

Dilaporkan, pegawai tersebut menerima bayaran tetap daripada sindiket yang menguruskan dadah, senjata dan penyeludupan manusia, menurut laporan SB itu.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .