» » 'Menteri di M'sia perlu contohi Ahmad Said yang berani bongkar penyelewengan walaupun ia melibatkan perdana menteri'


Kabinet perlu mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bertegas melindungi hasil masa depan minyak dan gas negeri itu, kata seorang pemimpin PAS, menggesa mereka mengambil pendirian mengenai syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, anggota Kabinet perlu mempunyai "keberanian dan hati nurani" menyatakan pendirian mereka terhadap dana pelaburan negara yang dibebani hutang itu apabila diminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbuat demikian.

"Saya mungkin tidak setuju dengan beberapa dasar Ahmad ketika beliau menjadi menteri besar Terengganu, tetapi saya puji keberanian beliau menentang cadangan Najib mencagarkan pendapatan masa depan minyak dan gas Terengganu untuk TIA – nama 1MDB sebelum ini," katanya merujuk kepada singkatan Terengganu Investment Authority (Lembaga Pelaburan Terengganu).

"Beliau berani berdiri teguh dan menentang. Pendirian Ahmad itu melindungi pendapatan masa depan Terengganu. Bagaimanapun, pendirian menteri Kabinet akan melindungi kepentingan masa depan Malaysia yang lebih besar.

"Saya menggesa menteri Kabinet mencontohi pendirian berprinsip Ahmad dalam menyatakan pandangannya secara terbuka mengenai perkara yang memberi kesan kepada masa depan rakyat," katanya dalam satu mesej WhatsApp kepada The Malaysian Insider.

Awal bulan lalu, Ahmad memberitahu Dewan Undangan Negeri Terengganu, 1MDB cuba menggunakan minyak dan gas Terengganu sebagai cagaran, tetapi keputusan itu kemudiannya ditarik balik.

Beliau berkata, cubaan itu dibuat ketika 1MDB dikaitkan dengan TIA, dan Najib nyata tidak berpuas hati dengan keputusannya.

Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun kemudiannya dinafikan penggantinya Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

TIA ditubuhkan pada 27 Februari, 2009 dan menurut kenyataan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, namanya ditukar kepada 1MDB pada 25 September tahun yang sama.

Raja Kamarul berkata Kabinet perlu mengambil tanggungjawab atas apa yang sedang berlaku ketika ini dalam 1MDB, bukannya menjaga kepentingan diri sendiri.

"Tidak ramai orang yang menghormati janji pilihan raya mereka kepada rakyat untuk melindungi kepentingan mereka.

"Lagi kurang 'lelaki terhormat' hari ini. Kalau ada mereka seperti ini dalam Kabinet, kita tunggu mereka bangun melindungi kepentingan rakyat.

"Bencana potensi TIA yang lebih besar dielakkan seorang individu, iaitu seorang bekas menteri besar, yang bangun menentang Najib. Kami ingin melihat beberapa menteri Kabinet secara kolektif melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan 1MDB dan Malaysia.

"Ingat slogan anda sendiri: 'Rakyat didahulukan'," kata ahli Parlimen penggal pertama itu, merujuk kepada slogan 1Malaysia yang sering digembar-gemburkan Najib - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .