» » Hishammuddin nafi letak akan letakkan jawatan


Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan beliau akan meletak jawatan sebagai menteri pertahanan.

Melalui jawapan kepada pengikutnya di Twitter @Nessie43, secara tidak langsung menjawab kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengarahkan menteri Kabinet agar meletak jawatan sekiranya tidak menyokongnya dalam memulihkan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam posting di Twitter miliknya @HishammuddinH2O, pengikutnya @Nessie43 bertanya kepada beliau; "Are you really leaving Sir? What will they all do without you – but, I will support your decision whatever it might be" (Adakah tuan akan meletakkan jawatan? Apa yang mereka akan lakukan tanpa anda – tetapi saya akan menyokong sebarang keputusan yang anda lakukan)

Hishammuddin membalas pada postingnya; "No I am not – "negativ spin" by some irresponsible people" (Saya tidak akan meletak jawatan – "dakwaan negatif" sesetengah pihak tidak bertanggungjawab).

Namun, selepas membalas posting pengikutnya itu, salah seorang pengikutnya di Twitter @hmmm_nnnnn berkata: Leaving is a good choice.. (Letak jawatan adalah pilihan yang terbaik).

@ishak600 pula berkata: "Lots of people r capable, or might do even better job? U never know? (Lebih ramai lagi yang berkebolehan, atau dapat melakukan tugas yang kebih baik? Anda tidak akan tahu?)

Dua hari lepas, Utusan Malaysia melaporkan Najib memberikan kata dua kepada mana-mana anggota Kabinet yang tidak menyokongnya dalam usaha memulihkan 1MDB untuk meletakkan jawatan.

Bagaimanapun naib presiden Umno itu berkata melalui akaun Twitter miliknya, persetujuan itu dilakukan sekiranya 1MDB melaksanakan 3 perkara, iaitu pelan rasionalisasi, akauntabiliti sekiranya berlaku kesalahan, dan ketelusan bagi kedua-dua perkara itu.

"Setuju dgn syarat 1) Rationalisasi 1MDB 2) Akauntabiliti sekiranya ada salah 3) Ketelusan 1) &2) di atas," kata Hishammuddin di laman Twitter miliknya @HishammuddinH20 hari ini.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan bagaimanapun tidak menghadiri mesyuarat Kabinet pada Jumaat lepas kerana dikatakan berada di Singapura.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .