» » 'Hapus peraturan berpakaian dan tumpukan pada perkhidmatan'


Tan Sri Rafidah Aziz hari ini mengkritik peraturan pemakaian yang ditetapkan di jabatan kerajaan, dan menegaskan mereka harus lebih memberi perhatian kepada perkhidmatan dan layanan kepada pengunjung daripada perkara seperti itu.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dipercayai merujuk kepada insiden seorang wanita yang diberikan kain sarung di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana pakaiannya dianggap tidak mematuhi peraturan baru-baru ini.

Mengesahkan kepada The Malaysian Insider berhubung kenyataannya di status Facebook miliknya, bekas ketua Wanita Umno itu turut menggesa supaya pihak kerajaan menghapuskan peraturan tersebut dengan segera.

"Fokus dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai dan melayan masalah mereka. Saya tidak percaya ia merupakan 'polisi atau peraturan kerajaan'.

"Ia semestinya tindakan mereka yang berfikiran sempit di sesetengah jabatan. Kerajaan perlu menghapuskan peraturan sedemikian secepat mungkin dan mengarahkan semua bahagian untuk tidak melampaui batas bidang kuasa dan piagam pelanggan mereka," katanya di Facebook milik beliau.

Rafidah berkata, mereka yang bekerja di bahagian penguatkuasaan tidak sewajarnya memaksa pandangan dan tindakan peribadi mereka terhadap orang lain.

"Kita hidup dengan masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Kita mesti belajar untuk menerima kepelbagaian sesama kita.

"Jangan membuat larangan yang tidak berasas dengan mengenakan sesuatu yang bukan urusan anda," katanya.

Beliau juga mengingatkan, terdapat beberapa perkara yang secara umumnya tidak boleh diarahkan terhadap orang lain, seperti perihal agama, kepercayaan dan pentafsiran mereka terhadap sesuatu perkara.

"Ini termasuk juga persepsi anda tentang apa yang 'baik' atau 'betul' atau 'wajar'," katanya.

JPJ mencetuskan kemarahan pengguna media sosial selepas didakwa bertegas agar seorang wanita memakai kain sarung kerana beliau dianggap berpakaian tidak senonoh dengan memakai blaus dan skirt di atas paras lutut.

Menurut Suzanna GL Tan, beliau sedang menunggu untuk mendapatkan nombor giliran ketika disuruh memakai kain sarung itu "jika tidak, mereka tidak akan melayan saya".

"Saya tidak tahu sama ada saya perlu ketawa atau menangis," kata Tan, yang tidak menyatakan tarikh atau lokasi pejabat JPJ tersebut.

Posting beliau membawa pelbagai kritikan daripada pengguna Facebook.

Bagaimanapun, selepas dihentam teruk, JPJ melalui akaun Twitternya mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada perempuan itu semalam.

Jabatan itu melahirkan rasa kesal atas kejadian tersebut dan berkata ia bukan sebahagian daripada polisi mereka untuk menyediakan pakaian kepada pelanggannya jika pakaian tersebut dianggap tidak sesuai.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .