» » 'Bank Negara dan PAC boleh sahkan sama ada saya tipu atau tidak'


Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy berkata pihak berkuasa kewangan yang menyelia operasi 1MDB boleh memantau sama ada beliau menipu atau tidak, seperti didakwa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, beliau secara profesional bertanggungjawab kepada lembaga pengarah 1MDB dan pemegang saham di Kementerian Kewangan.

"Dalam konteks sekarang, ia termasuklah Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Ini pihak berkuasa yang sah untuk menentukan sama ada saya pernah berbohong, seperti didakwa, kerana mereka ada akses kepada semua maklumat," katanya dalam satu kenyataan untuk menjawab tuduhan Dr Mahathir.

Dr Mahathir sebelum ini mendakwa Arul sudah acap kali berbohong berkenaan operasi 1MDB.

Merujuk kepada pelaburan 1MDB sebanyak AS$2.318 bilion di Kepulauan Cayman, Dr Mahathir berkata Arul ketika mula-mula mengambil alih 1MDB, ada mengatakan wang berkenaan sudah ditebus sepenuhnya.

"Beliau berkata dengan jelas dan terang beliau melihat wang berjumlah AS$1 bilion dalam bentuk tunai. Kemudian beliau kata ia dalam bentuk penyata. Kenyataan apakah ini?

"Bagaimanapun, pada akhirnya, bank berkenaan menyatakan tidak ada wang tunai dan hanya ada dokumen yang disimpan serta dokumen yang terdapat tandatangan palsu.

"Beliau perlu memberitahu perdana menteri mengenai longgokan besar duit ini jadi perdana menteri boleh menjawab soalan di Parlimen yang wang tunai itu sudah disimpan di Singapura," kata bekas perdana menteri dalam blognya semalam.

Namun hari ini giliran Arul pula membidas Mahathir yang menurutnya sentiasa menukar tuduhannya terhadap 1MDB.

"Secara berasingan, Dr Mahathir sebelum ini mendakwa RM42 billion hilang.

"Kini, setelah 1MDB memberikan satu ringkasan tentang bagaimana RM42 billion itu dibelanjakan – berdasarkan penyata-penyata kewangan yang diaudit, beliau menyatakan dalam blognya “ke mana sebahagian daripada RM42 billion dibelanjakan menjadi tanda tanya.”

"Pertukaran berterusan mengenai angka dan dakwaan ini adalah membingungkan," kata Arul.

Dalam kenyataan sama Arul mengaku bertanggungjawab penuh terhadap silap nyata berkenaan kedudukan kewangan 1MDB dalam jawapan di Parlimen.

"Sebagai presiden syarikat, saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk kekeliruan ini, dan akan memastikan komunikasi yang lebih baik di masa hadapan dengan kesemua pihak-pihak berkepentingan.

"Di samping itu, seperti yang dijelaskan Kementerian Kewangan, langkah-langkah bersesuaian dilaksanakan bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi di masa hadapan," katanya.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .