Tun Dr Mahathir Mohamad tiba ke forum bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir tiba kira-kira 9 pagi dan disambut beberapa penyokongnya dan beberapa ahli kumpulan Perkasa dan diiringi terus ke bilik tetamu.
Dewan Tun Hussein Onn yang akan menjadi gelanggang forum bertajuk "Dialog PM Bersama NGO" mula dipenuhi dengan orang ramai yang tidak sabar untuk menantikan forum yang bakal dihadiri dua pemimpin negara dan hangat diperkatakan.
Turut kelihatan hadir bersama di kalangan kira-kira 1,000 hadirin pagi ini adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta beberapa wakil daripada NGO Melayu.
Forum hari ini akan dikendalikan oleh moderator daripada SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat.
Najib dijangka tiba 10 pagi ini.
Forum hari ini dijangka menarik dan panas memandangkan Dr Mahathir ketika ini sedang berhadapan pertembungan secara terbuka dengan Najib.
Malah bekas perdana menteri paling berkhidmat itu juga dikatakan berusaha menjatuhkan Najib kerana tidak berpuas hati dalam banyak isu termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
sumber
No comments: