» » 'Camana orang Malaysia nak kerja kalau gaji mereka setaraf dengan pendatang haram ?'


Jumlah gaji yang sama dengan pekerja asing menjadi punca mengapa ramai rakyat Malaysia tidak suka untuk bekerja, kata Senator Tan Sri Ali Mohd Rustam di Dewan Negara, hari ini.

Sehubungan itu, bekas ketua menteri Melaka itu minta Putrajaya menaikkan gaji pekerja rakyat tempatan selain pemberian elaun bersesuaian sebagai inisiatif menaikkan semangat mereka.

"Hari ini kita menuju negara maju tapi gaji RM900. (Gaji) kita RM900, orang India RM 900, Bangladesh RM900. Lepas itu kita kata orang luar rajin. 

Memang mereka rajin sebab mereka datang sini solo .. bini tak ada 'gf',' bf ' (teman wanita atau lelaki), parti pun tidak ada, Umno, PKR, MIC tidak ada. 

Mereka datang free tapi kita kena datang orang kahwin, orang meninggal.

"Sebab itu saya cadang gaji pekerja tempatan mesti lebih daripada pekerja luar negara, tambahan elaun keluarga, minyak, elaun sosial kita tingkatkan.

“Orang tempatan tidak mahu kerja sebab gaji sama dengan pekerja asing
," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) di Dewan Negara, hari ini.

Selain itu, Ali berkata mustahil untuk Malaysia mencapai status negara Maju jika gaji bulanan golongan pertengahan pada kadar RM2,500 pada 2020 sepertimana disasarkan kerajaan tidak lagi boleh menampung sara hidup rakyat.

"Tahun 2020 kerajaan sasarkan gaji menengah bulanan daripada RM1,500 pada 2013 naik RM2,500 pada 2020. Kalau RM2,500 kita rasa bahagia rumah ok makan ok, perubatan dapat maka kita boleh jadi negara maju, tetapi kalau nilai itu tidak boleh tampung kehidupan susah untuk kita capai negara maju," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .