» » Cristina Suzanne tidak reti berdating


Aktres yang sedang popular menerusi drama Puteri Bukan Nama Sebenar ini masih belum mempunyai teman lelaki istimewa.

Sifat malu dan tidak reti untuk dating dikatakan menjadi punca mengapa Cristina Suzanne masih sendirian dalam usia 30 tahun.

“Saya tak tahu dating. Sebab itu saya tiada kekasih,” kata Cristina kepada majalah Harmoni.

Temu bual bersama aktres yang nama sebenarnya ialah Cristina Suzanne Stockstill ini disiarkan dalam majalah Harmoni terbaru (keluaran 15 hingga 30 Jun) yang kini sudah berada di pasaran.

“Lagipun, siapalah nak saya yang yang kasar ini,” gurau Cristina yang seorang periang ini.

Meskipun berperwatakan ceria dan mudah mesra namun aktres berdarah kacukan Melayu-Jerman ini mengakui bahawa dia sebenarnya seorang pemalu apabila berhadapan dengan lelaki.

“Saya tiada masalah untuk menegur orang. Tetapi kalau dengan lelaki, saya malu dan segan,” katanya.

Kemesraannya yang kadang kala terhad terhadap golongan lelaki ekoran mengelak daripada digosipkan dengan lelaki yang sudah berpunya.

“Saya takut kalau-kalau seseorang itu sudah berkahwin, tunangan orang ataupun sudah berpunya. Saya tak nak orang mengata,” ujarnya yang pernah bertunang sebelum ini tetapi pertunangan itu terlerai dua tahun lalu.

Tidak Mahu Terburu-Buru

Meskipun masih belum menemui teman sejati, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2013 dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-26 ini tidak mahu terburu-buru dalam mencari cinta.

“Mungkin orang akan fikir, sukar untuk mencari pasangan hidup tetapi bagi saya, jodoh tidak perlu dicari kerana dia akan datang sendiri. Ini semua adalah perancangan tuhan.

“Sejujurnya memang tiada jejaka yang cuba mendekati ataupun nak berkenalan dengan saya. Mungkin saya tak tau orang itu cuba mengurat.


“Kalau nak berkawan memang ada dan saya tak kisah. Tambahan pula mummy sangat memahami dan tidak memaksa dan bertanyakan tentang hal-hal perkahwinan.

“Jadi, saya mengikut sahaja apa yang terbaik buat saya,” ujarnya yang pernah bekerja sebagai pramugari di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Sementara itu, bercerita tentang perkembangannya semasa bulan Ramadan, pelakon yang pernah membintangi filem KIL ini memberitahu yang dia akan meluangkan banyak waktu untuk berbuka puasa bersama keluarganya.

“Berbuka puasa bersama keluarga adalah satu nikmat. Saya dan daddy sangat suka berbuka puasa dengan rendang ayam masakan mummy,” cerita anak kedua daripada tiga adik-beradik ini.

Lakonan Cristina juga dapat ditonton tidak lama lagi menerusi telemovie berjudul Pelangi Kita yang akan disiarkan di TV Alhijrah.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .