» » 10 ribu peserta himpunan Hari Pekerja 2015 desak hentikan GST serta-merta


Kumpulan masyarakat sivil yang menganjurkan himpunan jalanan di ibu kota membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini, berharap acara itu akan menjadi tidak partisan dan meminta tiada ucapan berunsur politik dibuat.

Himpunan Hari Pekerja itu, bermula di beberapa lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, disokong Bersih 2.0, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), serta beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga pembangkang.

Tetapi, satu posting di akaun Facebook penganjur Bantah GST/Reject GST menyatakan, tiada ucapan oleh ahli politik dalam himpunan itu.

“Acara itu mula jam 2.30 petang dengan ucapan ringkas oleh persatuan dan wakil NGO. Tidak ada ucapan parti politik,” kata post berkenaan.

Ceramah peringkat akhir malam tadi menjelang himpunan hari ini, hanya berjaya menarik kira-kira 200 orang. Ia diadakan di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur di mana beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis membuat ucapan.

Polis hanya meluluskan himpunan itu diadakan di Padang Merbok, tetapi penganjur akan terus melancarkannya di 6 lokasi – pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, luar Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan terminal pengangkutan Puduraya.

Ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dijangka mengetuai khalayak yang berkumpul di 4 lokasi pertama, sementara ahli jawatankuasa penganjur himpunan dan kumpulan sivil lain akan berarak dari Pasar Seni, dan aktivis pelajar akan berarak dari Puduraya.

Rancangannya ialah untuk berjalan kira-kira 3km dan berkumpul di KLCC.

GST pada kadar 6% dilaksanakan pada 1 April walaupun menerima bantahan daripada pembangkang dan masyarakat sivil, yang mengatakan cukai itu menambah beban rakyat.

Sejak dikuatkuasakan, terdapat kekeliruan dalam beberapa sektor, seperti industri telekomunikasi berhubung caj untuk isian kad prabayar telefon.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .