Memang benar tulisan wartawan bebas dan berkredibiliti Joceline Tan di akhbar Sunday Star pada 26 April, 2015 lalu, kedudukan Datuk Seri Najib Razak dalam parti adalah mantap berbanding dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menghadapi tekanan dari bekas perdana nenteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Keagungan kemenangan terbesar Barisan Nasional di bawah Abdullah pada PRU 2004 runtuh dalam PRU 2008 yang dihadapinya dengan keyakinan penuh kepada penerusan sokongan rakyat sehingga beliau berani menaikkan harga minyak dan tidak memberikan manifesto kepada rakyat.
Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan Dr Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan- tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukan ketidakadilan Dr Mahathir dan membatalkan beberapa projek meganya.
Abdullah percaya kemenangan besar 2004 itu seolah-olah kerana popularitinya tetapi sebenarnya berasaskan keyakinan rakyat kepada kemantapan ekonomi dan maruah tinggi negara yang diwariskan Dr Mahathir.
Maka itu saya menyalahkan Dr Mahathir di atas kemerosotan merudum sokongan pada Abdullah setelah beliau mengisytiharkan kesilapan melantiknya sebagai PM.
Najib sekarang berada dalam keyakinan tinggi untuk mengekalkan pemerintahannya sehingga habis tempohnya di atas sokongan padu dari ketua-ketua bahagian dan anggota-anggota MKT walaupun Dr Mahathir menarik balik sokongan terhadapnya.
Najib tidak merasa terhutang budi kepada Dr Mahathir untuk meneruskan projek yang pada Dr Mahathir bersifat maruah negara (Jambatan Bengkok).
Beliau juga meruntuhkan tunggak kekuatan negara ISA yang keperluannya dirasakan kembali dengan menggantikannya dengan POTA. Kelihatannya sekarang sebagai cuba memasak semula nasi yang sudah menjadi bubur.
Seperti juga Abdullah, Najib berani memperkenalkan dasar -dasar yang mencabar rakyat seperti GST, menurun dan menaik harga minyak untuk populariti dan keuntungan sementara, cuba menaikkan umur kelayakan mengeluarkan caruman KWSP, menubuhkan National Unity Consultative Council yang tidak berfungsi (memakan diri sendiri) dan slogan 1Malaysia yang tidak tersemat di hati rakyat seperti "Malaysia Boleh", malah menimbulkan kemarahan orang Melayu.
Pada pertimbangan dan pandangan saya, rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di luar bandar yang berkemampuan melancong keluar negara ( ke Bandung, Vitenam, Korea Selatan, China, berulang alik ke umrah dan lain-lain) dan pagi petang di kedai mamak membuktikan mereka mempunyai wang yang lebih dari keperluan asas, malah apabila harga minyak naik ramai membeli minyak yang lebih mahal ( RON97) sehingga stesen kehabisan minyak. Ertinya mereka mampu untuk membayar GST.
Maka itu kenapakah bantahan timbul di seluruh negara begitu hebat? Sebab utama ialah kerana rakyat hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara. Apabila kerajaan hendak menaikkan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah kerajaan tidak ada wang dan 1MDB meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan.
Jentera jentera komunikasi dan penerangan kerajaan tidak lagi berkesan kerana terlihat tidak profesional, hilang kebijaksanaan malah jentera yang sepatutnya terlihat bebas seperti Jasa (Jabatan Hal Ehwal Khas) menunjukan sikap bias dalam krisis parti Umno.

Umpamanya apabila pengarah Jasa secara langsung menunjukan sikap penglibatan terang-terangan dalam politik maka rakyat tidak melihatnya sebagai bebas dan hilanglah keberkesanannya. Bukanlah peranan Jasa untuk mendapat sokongan dalam parti tetapi rakyat di lapangan.
Ketika saya menjadi menteri Penerangan, saya tidak membenarkan pegawai-pagawai Jasa aktif dalam politik. Maka apabila ketua pengarah Jasa sendiri berpolitik, tidak mungkin dia akan mendapat laporan yang bebas dari pegawai-pegawainya kerana mereka takut menjadi mangsa prejudis politik.
Mungkin pandangan saya ini dianggap sebagai tidak berasas tetapi dalam kehidupan sebagai rakyat biasa, pengunjung kedai mamak setiap hari pagi dan petang, menemui manusia yang berbagai di samping masih mempunyai sumber-sumber maklumat yang boleh dipercayai, maka saya mahu memberitahu Najib dengan sejujurnya, keyakinan rakyat kepadanya berada pada tahap yang amat membimbangkan dan amat menyedihkan perasaan saya.

Saya nampak akan kemungkinan berlakunya tsunami Melayu pada PRU akan datang.
Saya bimbang pada nasib Umno dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan Umno dan BN.
Mungkin keputusan dua pilihan raya kecil Parlimen: Permatang Pauh dan juga Rompin boleh dijadikan sebagai ukuran atau panduan sama ada benar atau tidak maklumat dari saya.

Jika berlaku kemerosotan undi BN di kedua kawasan Parlimen itu maka Najib harus memberikan perhatian yang serius terhadap hala tuju beliau dalam perjuangan politik, samaada untuk menyelamatkan diri dan isteri atau parti.
Saya berdoa agar kedua pilihan raya ini tidak memberikan alamat, tsunami Cina akan bertukar menjadi tsunami Melayu dan dengan itu, berasaskan hukuman demokrasi, Najib boleh meneruskan kepimpinannya.
sumber

No comments: