» » 'Najib Razak perlu jawab segera kepada semua rakyat Malaysia'


Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada rakyat mengenai segala kritikan yang dilemparkan terhadapnya kerana ia merupakan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ia termasuk membuat keputusan sama ada beliau perlu meletak jawatan atau mempertahankan kedudukannya seperti desakan beberapa pihak terutama pengkritik tegarnya Tun Dr Mahathir Mohamad, kata perdana menteri sebelum Najib itu.

"Saya lihat apa yang berlaku, apa yang mereka cakap, tidak bawa sebarang kebaikan kepada parti, juga kepada rakyat.

"Beliau sebagai perdana menteri, perlu jawab. Ada tanggungjawab untuk menjawab segala tuduhan. Sebab dia pemimpin parti, dia yang kena cakap," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib tidak seharusnya mendiamkan diri dan menjadi tanggungjawabnya menerangkan kepada rakyat situasi sebenar.

Bercakap selepas merasmikan Seminar Biodiversiti dan Konservasi Krisis dan Cabaran Pelestarian Masa Hadapan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Abdullah berkata, sebagai pemimpin parti, Najib perlu menyatakan pendirian mengenai perkara yang dirasakan harus diberi keutamaan.

"Najib akan putuskan apa yang beliau hendak buat. Tanggungjawabnya untuk beritahu perkara yang perlu diberi keutamaan kepada parti.

"Itu yang beliau (Najib) nak cakap, jadi beliau kena beritahulah. Takkanlah beliau nak senyap," katanya.

Ditanya saranannya terhadap kedua-dua pemimpin negara tersebut, Abdullah dengan ringkas menjawab: "buat kerja masing- masing."

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya siapakah pengganti yang layak mengambil tempat Najib.

"Apa yang beliau (Dr Mahathir) cakap, biarlah. Sebab itu saya tidak cakap pada sesiapa," katanya merujuk kenyataan Dr Mahathir yang menamakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengambil alih dari Najib.

Kepada persoalan sama ada Najib perlu akur dengan desakan untuk meletak atau meneruskan kepimpinannya, Abdullah berkata: "Itu keputusan (beliau). Apa yang (Najib) nak buat, (Najib) akan lakukan," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .