» » Shabery Cheek akan bersabar berkaitan tuduhan kementeriannya goyang kaki


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menerima dengan terbuka teguran bekas Menteri Penerangan Tan Sri Dr Rais Yatim yang menganggap kementeriannya gagal menjawab persoalan berkaitan isu semasa dengan baik dan memuaskan hati sebahagian besar rakyat.

Shabery berkata, teguran itu akan diambil kira dalam usaha memperbaiki mutu kerja Jabatan Penerangan yang terletak di bawah kementeriannya.

"Saya amat menghormati pandangan Rais.

"Insya-Allah, pandangan ini akan kami teliti untuk penambahbaikan gerak kerja jabatan berkenaan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan penasihat sosiobudaya kerajaan itu semalam yang menyalahkan Jabatan Penerangan dan bahagian penerangan Umno yang dilihatnya gagal menjelaskan persoalan yang dilontar kepada perdana menteri, mutakhir ini.

Rais berkata, pendekatan lapuk Umno dalam menangani isu di luar parti tidak lagi berkesan.

"Umno menggunakan pendekatan tradisional berdepan dengan isu luaran parti.

"Penerangan Umno kini sudah tidak berkesan dan lesu sedangkan penerangan kerajaan pula tidak mampu meredakan suasana lantaran isu yang dijawab dianggap tidak memuaskan majoriti," katanya seperti dilaporkan Astro Awani.

Katanya, Jabatan Penerangan tidak lagi memanfaatkan sepenuhnya pegawai mereka yang dibayar gaji untuk menerangkan isu semasa kepada rakyat.

"Lebih 2,000 pegawai Jabatan Penerangan tidak lagi diberi tugas penerangan bersemuka seperti dulu.

"Kini mereka duduk di pejabat dan baca akhbar atau kadang-kadang memasang pembesar suara untuk orang kenamaan," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .