» » 'Saya kritik pemimpin yang korup dan bukan parti'


Selepas dikritik kerana “menyerang” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kritikan itu ditujukan kepada Najib dan bukannya Umno.

“Saya masih ahli Umno. Saya tidak bersetuju dengan pemimpin, bukannya parti. Saya mengkritik pemimpin, bukannya parti. Ia mudah kerana saya mahu melihat kemenangan parti.

“Tiada kemenangan jika Najib memimpin,” kata Dr Mahathir menerusi blognya chedet.cc hari ini.

Perdana menteri paling lama memimpin negara itu dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana serangan terbukanya kepada Najib.

Kritikannya terbaru terhadap Najib ialah Umno dan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang jika Najib tidak meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir berkata Najib lebih teruk daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima yang dibantunya turun untuk memberi laluan kepada Najib.

“Saya berharapan besar apabila Najib menggantikan Abdullah, tetapi dia lakukan lebih teruk dari Abdullah dengan kekalahan Selangor yang dikepalainya menerusi Umno. Banyak skandal berlegar di sekelilingnya.

“Popularitinya lebih rendah berbanding beliau mengetuai BN pada 2013. Berdasarkan bilangan kawasan yang dimenangi BN, kini amat sedikit.

“Sabah dan Sarawak kini tidak lagi selamat, tidak lagi deposit tetap BN. Adakah tidak masuk akal menjangkakan BN kalah pada 2018?” soal Dr Mahathir.

Beliau mempertahankan gesaan agar Najib berundur, dan mendakwa ia juga sebahagian instrumental menggesa Abdullah berundur.

“Terdapat komen berkata tidak adil bagi saya menggesa Najib berundur kerana beliau dipilih melalui proses demokrasi, saya mahu katakan Tun Abdullah juga dipilih tetapi Najib sebahagian instrumental menggesanya untuk berundur.”

Dr Mahathir pada minggu lalu menyenaraikan pelbagai tuduhan yang dibuat terhadap Najib dan mendakwa ia tidak cukup mendapat jawapan.

Ia termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan dakwaan yang dibuat oleh salah seorang pembunuh dalam kes itu, Sirul Azhar Umar yang juga bekas pengiring Najib.

Berdasarkan dakwaan Sirul yang bertindak di bawah arahan kerana membunuh Altantuya, Dr Mahathir berkata tuduhan itu perlu disiasat kerana Sirul bekerja dengan Najib.

Beliau turut membangkitkan isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mana dananya digunakan membeli tanah kerajaan di bawah harga pasaran dan urusan berkaitan syarikat minyak, PetroSaudi International.

Kemampuan anak tiri Najib, Riza Aziz membeli hartanah mewah di New York melalui ahli perniagaan Low Taek Jho turut dipersoalkan Dr Mahathir.

Hari ini, Dr Mahathir berkata tuduhan itu masih belum dijawab.

“Seorang perdana menteri mesti kelihatan bersih dan boleh menjawab persoalan serta melakukan yang terbaik untuk negara,” katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .