» » 'Kehilangan wang negara semasa saya jadi PM M'sia tak seteruk zaman Najib Razak'


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kehilangan wang negara semasa era pemerintahannya, namun menjelaskan ia tidak seteruk yang berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila mendakwa kerajaan kehilangan berbilion ringgit.

Bekas perdana menteri itu turut mempertahankan keputusan pelaburan negara ketika 22 tahun era pemerintahannya dan mendakwa skandal syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) milik Kementerian Kewangan lebih teruk kerana ia melibatkan hutang RM42 bilion.

Saya akui di masa saya juga ada kehilangan wang negara, tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang,” katanya menerusi blog peribadinya chedet.cc hari ini.

Dr Mahathir turut mengambil peluang menjelaskan skandal kewangan ketika zaman pemerintahannnya seperti Perwaja Steel, Bank Bumiputera dan Maminco.

Yang nyata ialah negara tahu di mana pergi wang yang dilabur semasa saya (memerintah), dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi.

Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui ke mana," kata Dr Mahathir, dipetik laman blog berkenaan.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan yang menyamakan hubungannya dengan Tun Daim Zainuddin sama dengan hubungan Najib dan ahli perniagaan Low Taek Jho.

“(Kritikan) membandingkan Low Taek Jho dan kritikan saya terhadapnya dengan kritikan terhadap saya berhubung penglibatan Ananda Krishnan dalam Petronas dan pelantikan kawan saya Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan. Saya tidak melihat sebarang persamaan.”

Dr Mahathir juga memberi penjelasan kerugian yang dialami Maminco.

Menurut blogger Din Merican, ia percubaan negara mengalihkan pasaran timah di bursa London yang menyebabkan kejatuhan harga komoditi pada 1981.

“Maminco rugi kerana London Metal Exchange memutuskan bijih timah yang dijual mengikut perjanjian jual beli yang sah tidak perlu ditunaikan dengan membekal logam berkenaan kepada pembeli.

“Ini diputuskan untuk menyelamat penjual yang tidak ada timah. Malaysia sebagai pembeli mengalami kerugian,” katanya.

Beliau kemudian mengalih perhatian kepada kejatuhan nilai ringgit yang terburuk sejak 6 tahun lalu berbanding dolar Amerika.

“Hari ini nilai ringgit jatuh sebanyak 70 sen. Tiap satu ringgit jatuhnya mata wang kita, negara, kerajaan dan rakyat kerugian berbilion.

Dr Mahathir membandingkan zamannya yang menambat ringgit pada kadar RM3.80 berbanding satu dolar Amerika pada 1998.

“Tetapi apabila ringgit diselamatkan dari penyangak mata wang, berbilion ringgit duit kerajaan diselamatkan. Ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998.

“Lupakan sahajalah peristiwa ini kerana ia berlaku di zaman saya,” katanya seakan menyindir.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .