» » Najib Razak bakal berdepan Tsunami Melayu pada PRU14


Tan Sri Zainuddin Maidin menegaskan Datuk Seri Najib Razak bakal terkena serangan tsunami Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika perdana menteri terus mengamalkan dasar yang menghimpit rakyat.

Bekas menteri penerangan itu berkata, dua pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh dan Rompin akan menjadi penanda aras sama ada pendekatan yang digunakan Najib disenangi rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pengapungan harga minyak, cadangan melanjutkan usia pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya bimbang pada nasib Umno dan saya tidak bimbang pada nasib Najib. Sayang sekali kepincangan parti-parti pembangkang sekarang tidak menjadi suatu peluang bagi membangkitkan semula kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Mungkin keputusan dua PRK Parlimen: Permatang Pauh dan juga Rompin boleh dijadikan sebagai ukuran atau panduan sama ada benar atau tidak maklumat daripada saya.

"Saya berdoa agar kedua-dua pilihan raya ini tidak memberikan alamat ‘tsunami Cina’ akan bertukar menjadi ‘tsunami Melayu’ dan dengan itu, berasaskan hukuman demokrasi Datuk Seri Najib boleh meneruskan kepimpinannya," katanya menerusi blognya zamkata.blogspot.com semalam.

Zainuddin berkata apa yang terjadi kepada Najib hari ini pernah berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila tidak menghiraukan keadaan rakyat.

Beliau mendakwa, kemenangan besar BN pada PRU 2004 bukanlah hasil sokongan rakyat kepada Abdullah, sebaliknya kerana legasi yang ditinggalkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Abdullah percaya kemenangan besar 2004 itu seolah-olah kerana popularitinya, tetapi sebenarnya berasaskan keyakinan rakyat kepada kemantapan ekonomi dan maruah tinggi negara yang diwariskan oleh Dr Mahathir.

“Abdullah tidak mempedulikan ancaman yang didatangkan oleh Dr Mahahir yang melantiknya malah melakukan tindakan-tindakan yang menyakitkan hatinya termasuk membayar ganti rugi berjuta ringgit kepada hakim untuk menunjukkan ketidakadilan Dr Mahathir dan membatalkan beberapa projek meganya.

“Maka itu saya menyalahkan Dr Mahathir di atas kemerosotan merudum sokongan pada Pak Lah setelah beliau mengisytiharkan kesilapan melantiknya sebagai perdana menteri,” katanya.

Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia itu berkata, rakyat hari ini bukanlah tidak mampu membayar GST, sebaliknya mereka hilang keyakinan terhadap kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.

Katanya, kebanyakan rakyat Malaysia hari ini memiliki wang melebihi daripada keperluan asas untuk membayar GST dan ini dibuktikan oleh mereka yang kerap melancong ke luar negara dan yang membeli petrol RON97.

“Maka itu kenapakah bantahan timbul di seluruh negara begitu hebat? Sebab utama ialah kerana rakyat hilang keyakinan kepada pengurusan kewangan negara.

“Apabila kerajaan hendak menaikkan umur kelayakan mengeluarkan wang caruman KWSP, cakap-cakap di kedai mamak ialah, kerajaan tidak ada wang dan 1MDB meracuni pemikiran rakyat sehingga ke peringkat yang sukar untuk dipenawarkan,” katanya.

sumber



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .