Kerajaan Malaysia tidak pernah mengemukakan sebarang laporan rasmi mengenai tindakan yang diambil , berikutan syor yang dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung sesuatu kes , kata pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan berkata, ia bercanggah dengan Peraturan Arahan Perbendaharaan Malaysia Perenggan 304 (b) yang menetapkan segala tindakan susulan selepas mesyuarat PAC harus dimaklumkan segera.
"Sehingga sekarang, sudah masuk 3 penggal Parlimen, namun PAC masih tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung tindakan susulan daripada Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, tanggungjawab menyerahkan laporan tersebut terletak di bawah kementerian itu, namun arahan perbendaharaan tersebut sama ada tidak diikuti, atau tidak dimaklumkan langsung kepada PAC.
No comments: