Pertama kali dalam tempoh 34 tahun, saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Persoalan yang diutarakan rasional. Ia soalan yang sama diajukan kebanyakan rakyat Malaysia sejak 8 tahun lalu.
Bagaimanapun, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis yang kita cintai pada masa ini menunjukkan reaksi sebaliknya cuba mengelak isu itu dengan menghabiskan masanya memeriksa mesej Twitter di media sosial.
"Khalid Twitter" mempunyai keberanian mengancam sesiapa yang membawa isu 'motif' pembunuhan kejam wanita warga asing tidak berdosa itu di tangan dua komando Malaysia yang terlatih.
Alasan Khalid, Mahkamah Persekutuan sudah membuat keputusan dan apa jua persoalan yang mempertikaikan keputusan itu dianggap menghina mahkamah.
Apa yang gagal dilihat Khalid ialah tiada yang mempersoalkan keputusan itu. Semua bersetuju keputusan itu betul.
Bagaimanapun, persoalannya ialah motif yang tidak pernah disebut dalam ketiga-tiga mahkamah yang membicarakan kes ini. Malah, bukti berkaitan motif tidak pernah diajukan pendakwaan.
Maka, sebagaimana saya (dan Dr Mahathir) bangkitkan, ia masih musim terbuka kepada motif.
Di sebalik mengganasi pengguna Twitter, Khalid mungkin dapat melihat rasional membawa kembali isu itu dengan lebih bersemangat berbanding apa yang ditunjukkan sebelum ini.
Walaupun kenyataan media sudah dikeluarkan pejabat Khalid, namun ia tidak menafikan Sirul Azhar Umar dilawati pegawai polis Malaysia untuk diambil keterangan.
Jika Khalid menyangkalnya, apa yang harus dilakukan adalah menyiarkan nama pegawai yang kononnya berjumpa Sirul serta tarikh dan masa pegawai itu datang ke pusat tahanan di Sydney.
Inspektor Tonny Luggan (pegawai penyiasat kes Altantuya) berkata beliau tidak dihantar untuk berjumpa Sirul di Sydney, jadi siapa?
Khalid juga dilaporkan berkata “kenyataan Sirul menunjukkan bekas anggota polis itu cuba menimbulkan kecurigaan terhadap siasatan kes pembunuhannya, penglibatan dan sistem keadilan jenayah”.
Ya. Itu betul kerana semua jelas penyiasatan anda tidak lengkap.
Disebabkan apa yang berlaku kini jelas terpapar, Sirul tidak mempertikaikan penglibatannya dalam pembunuhan. Apa yang dikatakannya ialah ada pihak lain terlibat tetapi tidak ditahan, jadi mengapa dia harus dihukum?
Seseorang tidak perlu tamat kursus siasatan jenayah di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bagi menafsirkan perkara yang amat nyata dalam kes ini. Terlintas beberapa episod Miami Vice atau CSI New York cukup memberi petunjuk bagaimana kes ini seharusnya ditangani.
Fakta kukuh
Azilah Hadri dan Sirul ditahan kerana membunuh Altantuya oleh mahkamah tertinggi negara. Ini terbukti menjangkaui keraguan munasabah.
Dalam sesetengah keadaan, boleh wujud tiada persoalan terhadap 2 lelaki ini, malah tanggungjawab menembak kepala wanita itu yang kemudian meledakkan bahan letupan di badan mangsa di hutan pinggir Kuala Lumpur.
Sirul yang melarikan diri ke pusat tahanan Villawood di pinggir Sydney secara nyata mengaku bertindak mengikut arahan dan dijadikan kambing hitam, pihak yang tidak di bawa ke mahkamah.
Dalam kata lain, dia mengaku melakukan jenayah dan mengesahkan ada dalang di sebalik kes itu.
Persoalannya ialah mengapa Sirul dan Azilah melakukan ini tanpa sebab jelas? Mahkamah hanya berminat mengetahui sama ada kes bunuh dilakukan dan tidak menghala kepada mengapa ia dilakukan.
Pendakwaan gagal meminta penjelasan lanjut.
Ini persoalan sebenar yang Khalid perlu jawab jika beliau mahukannya. Beliau mempunyai sumber. Asalkan beliau mempunyai keinginan, beliau akan menemui jalan.
Khalid demi kebaikan, tolong lakukan tugas anda. Masa ini masyarakat tidak melihat peranan anda secara aktif malah merupakan seorang lagi yang dikenali sebagai orang melindungi sesuatu.
Biar saya cadangkan perwatakan di bawah dan tanya mereka soalan ini:
Azilah Hadri: Mengapa kamu dan Sirul bunuh seseorang yang kamu tidak kenali?
DSP Musa Safri: Apa sebenarnya yang kamu suruh Sirul dan Azilah lakukan kepada wanita Mongolia itu dan siapa sebenarnya mengarahkan kamu melakukan tugas itu?
Datuk Nasir Safar: Apa yang kamu lakukan memandu di depan rumah Razak Baginda pada petang 19 Oktober 2006, melihat Azilah dan Sirul menculik Altantuya?
Najib Razak: Tahukah anda 4 kakitangan kamu terlibat dalam kes ini? Jika ya, mengapa mereka?
Deepak Jaikishan: Siapa yang meminta kamu mengarahkan Bala berdiam diri dan membolehkannya dan keluarga keluar segera dari Malaysia selepas mengeluarkan akuan bersumpah pertama (SD1)? (Ini sepatutnya mudah kerana Deepak sudah mengakui semua ini).
Rosmah Mansor: Adakah anda? Jika tidak, siapa?
Datuk Johari Razak: Adakah anda menelefon Tan Sri Cecil Abraham pada petang 3 Julai 2008 dan memintanya menyediakan SD2 untuk Bala tandatangani? Jika ya mengapa dan bagi pihak siapa?
Tan Sri Cecil Abraham: Adakah anda menerima panggilan telefon dari Datuk Johari Razak pada 3 Julai 2008 untuk menyediakan SD2? Jika ya, adakah anda melakukannya?
Sunil Abraham: Adakah anda buat atau tidak, membantu bapa anda menyediakan SD2 dan adakah kamu kemudian menghantarnya ke Hotel Hilton, KL Sentral pada pagi 4 Julai 2008?
Zainal Abidin Muhayat: Adakah anda, pesuruhjaya, sumpah pada 2008 dan adakah anda memiliki pejabat di Zul Rafique dan rakan-rakan, Lorong P. Ramlee, Kuala Lumpur? Jika ya, siapa yang menghantar anda ke Hotel Hilton, KL Sentral pada 4 Julai 2008 untuk membuktikan tandatangan Balasubramaniam pada SD2?
Datuk Nazim Razak: Adakah anda dan isteri berada di the Curve, Mutiara Damansara pada lewat malam 3 Julai 2008? Jika ya, adakah anda menemui Balasubramaniam berhampiran Bilik Pameran VW? Jika ya, adakah anda buat atau tidak, mengugut Bala menurut arahan Deepak Jaikishan dan meninggalkan negara bersama keluarga segera, jika tidak keselamatan keluarganya tidak dijamin?
Najib Razak: Adakah anda mengarahkan Johari dan Nazim mengaturkan SD2 disediakan dan Bala berlepas dari Malaysia? Jika ya, apa keperluannya?
Datuk Hamzah Zainuddin: Adakah anda pada 2011 menawarkan Bala laluan selamat pulang ke Malaysia dan dorongan wang tunai jika dia mengaku bersalah mengesahkan SD1. Jika ya, mengapa dan bagi pihak siapa?
Mungkin juga anda semua boleh menghubungi pegawai siasatan kanan dari SPRM dengan nama Abdul Rahman Bachok.
Beliau pegawai yang rajin dan mempunyai fail penyiasatan mengenai SD2 Bala. Saya pasti beliau akan meminjamkan anda failnya dan membantu anda sedaya upaya.
Saya percaya beliau agak meluat failnya ditutup oleh pejabat peguam negara. Beliau berusaha gigih dalam penyiasatan kes itu .
Anda mungkin perlu menghubungi Balai Polis Brickfields dan bertanya mengapa mereka tidak menyiasat laporan polis yang saya buat pada 8 Julai 2008 berhubung kehilangan Bala.
Saya sudah mengingatkan mereka tetapi tiada balasan.
Semua "orang penting" di atas dan jawapan mereka ke atas soalan yang diajukan mungkin membantu membongkar motif jenayah.
Adakah sebarang sebab mengapa kamu, Khalid engan meneruskan kes ini. Jika ya, apa sebab-sebab itu?
No comments: