» » Harga topup prepaid kembali seperti biasa mulai bulan depan


Harga kupon tambah nilai prabayar akan kembali kepada harga sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu diputuskan dalam pertemuan kementeriannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan empat syarikat telekomunikasi (telco) hari ini.

"Semalam, syarikat telco memutuskan, selepas berbincang dengan kastam,untuk mengekalkan harga RM10.60 (contoh bagi kad prabayar RM10) tetapi mendapat bonus 'air time' bernilai hingga RM1.30.

"Namun selepas menerima bantahan daripada rakyat, saya mengadakan satu lagi mesyuarat bersama telco untuk mengubah keputusan tersebut kepada pengekalan harga RM10 ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Proton Holdings Bhd, di Shah Alam, hari ini.

Beliau juga mengulangi kupon tambah nilai prabayar itu sememangnya dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada kadar enam peratus sebelum ini.

Justeru katanya harga tidak sepatutnya berubah apabila GST dilaksanakan.

Beliau turut menegaskan perkhidmatan agensi kerajaan termasuk agensi penguatkuasaan dan badan berkanun tidak tertakluk kepada GST.

Ahmad mengulas aduan yang tersebar menerusi laman sosial mengenai seorang pelajar dikenakan GST dalam kes saman universiti terhadap dirinya.

"Tiada GST yang dikenakan ke atas saman kerana ia adalah perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan, kecuali perkhidmatan itu ialah perkhidmatan perniagaan seperti tempat parkir kereta oleh majlis-majlis perbandaran, sebagai contoh," katanya.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .