» » Berjuang sampai salah seorang tergolek ?


Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan Najib Razak mungkin membawa maksud Gasak Sampai Tergolek (GST) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cerita kapal selam, Altantuya Shaariibuu dan Sirul Azhar Umar, 1MDB, jet peribadi dan kemewahan keluarga pemimpin negara sudah jadi rahsia umum.

Sampai hari ini, masih tiada jawapan kepada rakyat kecuali pemimpin-pemimpin Umno di bahagian dan MKT yang cukup berpuas hati.

Saya jangkakan kepimpinan Najib hanya akan disokong oleh majoriti ketua-ketua bahagian Umno sahaja selepas ini.

Saban hari ramai orang yang bertikam lidah menjelaskan kepada rakyat yang GST dibuat untuk rakyat, bukan untuk membebankan rakyat setelah berjaya dilaksanakan.

Saya menjangkakan GST "is a recipe for disaster" untuk kerajaan Barisan Nasional. Pemimpin- pemimpin Umno adalah liabiliti sebenar untuk parti mereka.

Kita jangkakan harga barang sudah tidak terkawal, peniaga ambil kesempatan sesuka hati buat untung dan mungkin sabotaj kerajaan, tanpa peduli nasib rakyat yang sememangnya sudah susah.

GST ini baik sebenarnya untuk ekonomi, jika tidak, mana mungkin banyak negara melaksanakannya. Tetapi di Malaysia bukan GST masalahnya, sebaliknya pelaksanaan dan peguatkuasaannya yang amat gagal sekali.

Rakyat sedang menunggu pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk melepaskan geram mereka. Nantikan saja akibatnya jika kebodohan pemimpin kerajaan ini berterusan.

6% ini nanti menjadi kayu ukur kejayaan atau kehancuran kerajaan pada PRU14 yang sudah tidak lama lagi.

Mungkin ketika itu pemimpin-pemimpin bahagian dan MKT Umno baru sedar yang jawatan tersebut adalah beban untuk mereka setelah mereka "sapu" segalanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .