» » 'Hanya segelintir individu sensasikan isu untuk pecah belahkan rakyat M'sia'


Golongan yang gemar mensensasikan pandangan sempit dan memecah belahkan masyarakat hanya terdiri daripada golongan minoriti dan lebih ramai yang menolak fahaman sedemikian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata pada hakikatnya lebih ramai masyarakat terdiri daripada majoriti senyap yang cintakan perpaduan menolak sentimen berkenaan.

"Hanya segelintir pihak saja sentiasa mensensasikan pandangan sempit dan isu yang mampu memecahbelahkan kita. Tetapi jangan kita lupa ramai daripada kita atau majoriti senyap menolak sama sekali unsur-unsur negatif seperti ini.

"Apa yang akan menjadikan Malaysia kekal aman, kuat dan stabil bukannya segelintir kumpulan minoriti yang cuba memecahbelahkan kita tetapi majoriti besar mereka yang melakukan segalanya untuk menjamin perpaduan dan mengukuhkan integrasi sesama kita," katanya.

Najib berkata demikian melalui teks yang dibacakan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersempena Majlis Rumah Terbuka Persatuan Telegu Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hari ini.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .