MUNGKIN sesuai jika menggelar Azri Zahier Azmi sebagai lelaki yang gilakan kebendaan.
Sejak kecil lagi, dia mempunyai cita rasa yang tinggi.
Ketika bersekolah darjah lima, dia mahu beg sekolah berjenama Deuter yang bernilai RM200, tetapi ibu bapanya enggan menunaikan permintaan itu dan memberikan beg sekolah berharga RM30.
Tetapi keinginan Azri untuk bergaya sangat kuat sehingga kanak-kanak berusia 10 tahun pada ketika itu sanggup mengumpul duit dengan mengambil upah membersihkan meja di kedai makan dan menjual durian milik datuknya.
Malah pada usia tersebut, Azri secara tidak langsung mempelajari seni psikologi kerana mendapati orang ramai mempunyai kelemahan tertentu apabila berdepan dengan kanak-kanak.
“Orang ramai akan berasa kasihan terhadap saya sebagai seorang budak yang menjual durian secara bersendirian di tepi jalan. Saya juga sedar mereka sanggup bayar harga yang lebih tinggi untuk durian saya walaupun kedai bersebelahan menjual dengan harga yang lebih murah,” kata Azri yang kini berusia 26 tahun ketika menceritakan pengalamannya.
Menyedari betapa pentingnya ilmu untuk menjalankan perniagaan, dia mempelajari segala butiran tentang durian supaya boleh memberi pandangan kepada pelanggan bagi membeli buah yang berkualiti berdasarkan kehendak mereka. Lebih mengagumkan, mereka akan datang kembali untuk membeli dengannya.
“Pada usia 11 tahun, saya sudah memegang wang berjumlah RM1,000 hingga RM2,000,” kata Azri yang kini merupakan usahawan dalam bidang pertanian, pendidikan, perdagangan, pembinaan, makanan dan minuman.
“Wang merupakan motivasi yang kuat dan saya sentiasa memegang moto iaitu biar papa asal bergaya.
“Ibu saya merupakan seorang guru dan sangat garang, jadi saya perlu menjadi pelajar cemerlang dan terbaik di sekolah,” katanya.
Apabila Azri dimasukkan ke Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di Taiping, dia mengambil pendekatan untuk merendah diri untuk menjana pendapatan kerana dua tahun pertama, dia masih bergelar pelajar junior.
Apabila mencecah tingkatan tiga dan sebagai senior, dia lebih bebas dan mula menjual keropok dan gula-gula lolipop kepada pelajar lain.
“Saya membeli sebungkus besar keropok dengan harga RM4.50 dan menjualnya semula dengan harga RM9.00 bagi memperoleh keuntungan 100 peratus bagi setiap bungkus.
“Pada waktu itu (tahun 2002), saya mampu membeli sendiri telefon bimbit Nokia paling baharu di pasaran yang tidak digunakan ramai orang kerana harganya mahal,” katanya sambil menambah telah meneruskan perniagaan sehingga memasuki universiti.
Sambil mengikuti jurusan asas Asasi Sains di Universiti Malaya, Azri menjual idea kepada pelajar lain untuk memakai sut lengkap pada majlis makan malam tahunan kerana seorang daripada kawan bapanya mempunyai beratus-ratus sut percuma.
Jadi Azri dan rakannya membawa semua sut tersebut untuk dijual kepada pelajar lain.
“Kami menjual sut berkenaan dengan harga RM50 setiap satu pasang tanpa mengeluarkan modal.
Kira-kira 80 peratus pelajar membeli sut daripada kami. Kami mendapat keuntungan beribu-ribu ringgit!”
Pada mulanya, Azri mengambil ijazah jurusan Kimia Gunaan tetapi menukar kepada jurusan lain kerana tidak meminati kursus tersebut.
“Para pensyarah di Fakulti Alam Bina (Pembinaan Alam Sekitar) memandu kereta berjenama BMW, Porsche dan kereta mewah lain, menyebabkan saya memilih jurusan itu kerana bagi saya, pensyarah terbabit mengamalkan ilmu yang diajar kepada pelajar,” katanya.
Akibat menukar jurusan, Azri hilang kelayakan sebagai peminjam PTPTN tetapi dia mencari jalan lain bagi menampung kewangan dan cara hidupnya.
Azri menyertai pasukan perbahasan universiti dan mengikuti setiap kali perdebatan untuk mendapatkan elaun sebanyak RM60 sehari selain tarikan hadiah wang tunai bernilai dari RM8,000 hingga RM27,000.
“Saya menjadikan perbahasan sebagai perniagaan dan banyak pertandingan debat diadakan. UM menjadi pasukan debat terbaik di Malaysia ketika saya menyertainya. Malah saya juga memenangi anugerah pendebat terbaik” katanya.
Pada tahun kedua di universiti, Azri sudah mampu membeli sebuah Proton Savvy baharu untuk dirinya.
Tidak sekadar bergantung kepada ‘perniagaan debat’, Azri turut melibatkan diri dalam perniagaan lain.
Dia turut mencetak buletin untuk calon pakatan yang bertanding pada pilihan raya pelajar dan mengaut keuntungan sebanyak RM5,000.
Anak muda ini juga mengambil kelas fotografi dan menghabiskan masa pada hujung minggu untuk sesi fotografi perkahwinan dengan mengenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000 setiap sesi.
“Kekasih saya yang kini menjadi isteri terpaksa mengikut cara hidup saya atau dia tidak boleh berjumpa saya pada hujung minggu kerana saya sangat sibuk,” ceritanya.
Meskipun sibuk menjana pendapatan, Azri masih mampu meraih pencapaian cemerlang dengan GPA 3.7 dan mendapat ijazah Ukur Bahan pada 2010.
Namun selepas beberapa bulan bekerja sebagai juruukur bahan, dia merasakan gaji RM2,000 tidak mencukupi.
“Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan dan terfikir bahawa saya tidak memerlukan ijazah untuk melakukan kerja ini,” katanya.
Susulan itu, dia memohon jawatan kosong di Petronas dengan menduduki ujian dan menghadiri sesi temuduga. Azri dimaklumkan berjaya mendapat kerja di Petronas tetapi menunggu beberapa bulan untuk mendapat surat tawaran.
Disebabkan letih menunggu, Azri mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan bersama abangnya dengan menubuhkan sebuah syarikat dan portal farmbook.my bagi menarik perhatian peladang, nelayan, penternak berdagang secara dalam talian.
Dia ternyata terkejut apabila Perdana Menteri melancarkan idea yang sama di MAHA 2010.
Dengan rasa ghairah dan yakin, Azri menolak surat tawaran Petronas walaupun dipujuk oleh ibu dan kekasihnya agar tidak berbuat demikian.
Tetapi nasib Azri mula berubah apabila farmbook.my tidak mendapat sambutan.
“Peladang dan penternak tidak bergantung pada teknologi. Mereka tidak mengikuti perkembangan Internet. Mereka juga tidak mempunyai emel dan bagaimana mereka boleh berdagang menggunakan bayaran secara talian,” katanya.
Azri perlu menanggung bil, kos lebihan, menyelenggara pejabat dan membayar gaji pekerja.
“Saya betul-betul pokai. Saya juga mengorek tabung sehingga tiada 10 sen pun yang tinggal.
“Ketika itu bulan puasa, saya menyewa rumah di Solaris supaya setiap petang saya boleh berjalan selama 40 minit ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk membuka puasa.
“Kekasih saya menyangka saya menjadi warak, tetapi sebenarnya saya ke sana untuk mendapatkan makanan percuma,” katanya sambil ketawa.
Azri berkata, pengalaman tersebut mengajarnya tentang perniagaan bukan sahaja memerlukan kemahiran, tetapi hati yang kuat untuk menghadapi cabaran.
Tiada siapa akan selamanya berada di bawah dan Azri membuktikan kemampuannya untuk bangkit semula.
Dia kemudian menyertai seorang rakanya untuk berkecimpung dalam syarikat perdagangan minyak dan gas dan apabila pinjamannya untuk terlibat dalam bidang pertanian ditolak oleh Agro Bank, Azri melihat peluang baharu.
“Saya tahu sebab bank menolak permohonan saya, bukan kerana tidak layak tetapi pegawai di bank itu tidak mengetahui dengan lebih luas tentang pertanian. Jadi saya menghasilkan kertas kerja untuk melatih staf bank tentang pertanian,” katanya.
Azri meminjam wang sebanyak RM50,000 daripada seorang pakciknya yang menjalankan kursus kemahiran pertanian di sebuah kolej di Melaka. Dia kemudiannya mula bercucuk tanam dan membina sebuah kolam ikan air tawar di tanah milik datuknya di Kampung Gajah, Perak yang juga mempunyai ladang kelapa sawit.
Usaha itu ternyata berbaloi apabila pihak bank menghantar lebih 30 pegawai ke ladangnya untuk mengikuti kursus jangka pendek. Pakciknya turut membantu dengan menghantar empat pensyarah bagi melatih pegawai bank terbabit.
Azri meraih sedikit keuntungan daripada projek itu.
Didorong dengan kejayaan itu, Azri menubuhkan iGrow, sebuah Institut Perusahaan Berasaskan Pertanian yang menawarkan kursus pertanian selama setahun kepada pelajar dengan jaminan Sijil Kemahiran Malaysia apabila tamat pengajian.
Pakcik Azri juga memberi jaminan untuk menjadi mentor dan memberi panduan kepada beliau.
Dalam tempoh singkat, kolej Azri yang mempunyai 12 pensyarah, menunjukkan kemajuan yang baik. Kira-kira 200 pelajar telah tamat pengajian daripada institut itu.
Pada 2012, Azri sekali lagi menerima motivasi untuk menjana pendapatan apabila memasuki Cabaran Perniagaan Luar Bandar iaitu pertandingan untuk usahawan muda di luar bandar dengan hadiah utama pembangunan bernilai RM2 juta. Namun beliau tewas dalam pertandingan tersebut.
“Saya fikir bahawa hanya kroni kerajaan dan orang UMNO sahaja akan memenangi pertandingan itu,” katanya.
Malah pakciknya menasihati beliau agar melupakan pertandingan itu, tetapi Azri berdegil dan mencuba nasib sekali lagi pada 2013.
Kali ini dia tersenarai untuk membentangkan arah tuju perniagaannya kepada panel pertandingan. Akhirnya, beliau mengecapi kejayaan dan memenangi wang jaminan sebanyak RM2 juta bagi membangunkan perniagaannya.
Melihat pada potensi pelancongan di kawasannya, Azri menggunakan wang tersebut untuk membina 13 buah chalet.
Namun sekali lagi nasibnya tidak baik kerana banjir besar melanda Perak dan seluruh chalet yang baru siap dibina dibanjiri air, menyebabkan semua tempahan dibatalkan. Tetapi proses pemulihan semula jalan di sekitar chalet itu masih giat dilaksanakan.
Azri turut mencipta nama dalam perusahaan pemodenan pertanian dengan sekumpulan ahli perniagaan yang pakar dalam teknologi. Mereka kini dalam proses membina struktur pertanian khas yang menggunakan teknologi komputer bagi mengawal suhu untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman pada tahap optimum.
Teknologi itu digelar sebagai VCube mampu mencapai tinggi 464.5 meter untuk meliputi kawasan tanaman seluas 1,000 kaki persegi.
Azri berkata, mereka berjaya menguji kemampuan VCube terhadap tanaman tomato dan lada benggala.

Azri Zahier (kiri) ketika memenangi anugerah debat.

Azri berdiri di depan Vcube bersama Datuk Ahmad Isham
Beliau melihat kemampuan VCube untuk memasuki pasaran yang lebih besar dan mahu memastikan syarikatnya memasuki senarai Bursa Saham. Kilang pembuatan teknologi itu kini beroperasi di Kulim, Kedah.
Satu daripada matlamat Azri adalah memandu kereta mewah BMW pada usia 26 tahun dan dia telah mencapainya.
“Orang ramai akan menilai diri anda dengan kereta yang dipandu, pakaian dan penampilan anda,” kata Azri yang menyimpan misai bagi melihatkan dirinya kelihatan tua, sekali gus banyak membantu dalam perniagaannya.
Beliau turut menasihati generasi muda agar tidak mengikuti langkah yang silap.
“Jangan membeli rumah terlebih dahulu kerana pinjaman akan mengikat anda untuk membayar faedah yang tinggi dan banyak.
“Beli kereta yang cantik terlebih dahulu kerana imej sangat penting dalam perniagaan. Apabila seorang usahawan melihat anda memandu kereta murah, dia tidak akan berurusan dengan anda,” kata Azri yang pernah merasa pengalaman tersebut ketika memandu Proton Savvy.
Menurutnya, membina rangkaian sangat penting dalam perniagaan dan ‘siapa yang anda kenal sama penting dengan apa yang anda tahu’.
Azri berkata, golongan muda perlu membaca lebih banyak dan tidak memandai-mandai seolah-olah mereka mengetahui semua fakta.
“Impian yang besar. Jangan rasa terganggu jika orang lain ketawa terhadap impian anda atau menggelar anda sebagai pelawak atau menyifatkan anda sebagai ketinggalan zaman. Impikan yang hebat dan kejar impian itu. Saya telah melakukannya,” katanya.
No comments: