» » Himpunan raksasa KAMI TOK JANGGUT desak batalkan GST di M'sia


Himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur mengambil semangat tokoh pejuang Kelantan, Tok Janggut dalam usaha mendesak Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pengerusi jawatankuasa perhimpunan itu, Mohamad Sabu berkata himpunan itu mendesak Putrajaya membatalkan segera GST berikutan keadaan ekonomi, kehidupan rakyat, rasuah dan pembaziran berterusan.

"Kami daripada parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama ke Kuala Lumpur pada 1 Mei untuk mengadakan bantahan sambungan 1 Mei tahun lalu.

"Oleh kerana 100 tahun dulu pada tarikh yang hampir sama, seorang pejuang bangun menentang sistem percukaian dikenakan British kepada rakyat khasnya di Kelantan, maka kami juga memilih slogan tahun ini 'Kami adalah Tok Janggut', bangun menentang sistem percukaian yang menindas rakyat pada waktu itu," katanya.

Mohamad berkata demikian pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini yang turut disertai 14 wakil pertubuhan politik dan NGO.

Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata penentangan terhadap cukai bukan isu baharu dan ia sudah digerakkan 100 tahun lalu oleh Tok Janggut.

"100 tahun lalu British memperkenalkan cukai tanah, cukai kepala dan cukai sirih pada 29 April, 1915.

"Tok Janggut bersama pengikutnya membantah cukai yang diperkenalkan British.

"Perjuangan kita pada 1 Mei ini bukan perkara baharu. Kita cucu cicit Tok Janggut," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata GST adalah isu rakyat yang merentasi kaum, agama dan latar belakang politik.

Katanya, selepas hampir seminggu pelaksanaan GST, banyak maklum balas daripada peniaga kecil yang diterima menyatakan amat sukar menangani cukai baharu itu.

"Maka DAP akan memberi sokongan penuh bersama-sama rakan #BatalGST. Tuntutan kita ialah kerajaan sepatutnya batal dan tangguhkan GST.

"Pimpinan DAP akan menggerakkan semua ahli, wakil rakyat dan penyokong bermobilisasi pada 1 Mei bersama gerakan rakyat menunjukkan rakyat bantah GST," katanya.

Himpunan 1 Mei ini akan diadakan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur dan lokasi spesifiknya akan dimaklumkan kemudian.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata himpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 1 juta orang daripada pelbagai pertubuhan seluruh negara dan mana-mana pertubuhan yang berminat boleh mengambil bahagian.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .