» » Saluran aduan GST tidak yakinkan pengguna


Menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak lama lagi, perasaan tidak puas hati mula disuarakan melalui saluran media, media sosial dan cakap-cakap di kedai kopi.

Kekecewaan paling ketara ialah kurangnya penjelasan mengenai kesan sebenar cukai 6% pada barang dan perkhidmatan selepas laporan peniaga kecil menutup perniagaan mereka ekoran kenaikan kos dan ketidaktentuan menjalankan perniagaan apabila GST bermula 1 April ini.

Mereka yang membantah pelaksanaan GST turut mempersoalkan skim cukai baharu itu dan kekeliruan umum akan menjadikan peniaga ingkar menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Kekecewaan ini memuncak apabila satu bantahan dianjurkan Parti Sosialis Malaysia (PSM) semalam di luar ibu pejabat Jabatan Kastam di Kelana Jaya.

Pergelutan di antara peserta demonstrasi dan polis menyaksikan bantahan sehari suntuk itu berakhir dengan penahanan lebih 70 peserta demonstrasi.

Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan berkata mereka mendesak pegawai kastam menjelaskan bagaimana pengguna dan orang awam akan dilindungi dengan kenaikan harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab dan mendesak GST ditunda.

Peserta demonstrasi mahukan jawapan kepada 106 soalan yang diajukan kepada Jabatan Kastam dan mereka terus menunggu sehinggalah polis menahan mereka yang terlibat pada 5 petang semalam.

Putrajaya berulang kali cuba meyakinkan rakyat bahawa semua langkah sudah diambil bagi memastikan peniaga yang tidak bertanggungjawab tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

Peniaga ingkar yang menaikkan harga sewenang-wenangnya berdepan denda RM50,000 atau lima tahun penjara. Kerajaan juga mewujudkan saluran aduan bagi pengguna melaporkan masalah mereka.

Bagaimanapun, keresahan utama mereka yang membantah GST ialah kurangnya tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.

“Penalti yang dikenakan dan saluran aduan bukanlah jaminan kerana kita mempersoalkan kesediaan sebenar pegawai kastam menjawab aduan dan memeriksa premis peniaga,” kata penganalisis pasaran Sam Wong.

Pengguna akhirnya dapat melihat aduan tadi dalam proses “tindakan” dan pegawai yang berkaitan akan memeriksa aduan berkenaan. Laporan kami dihantar pada 18 Mac namun pemeriksaan pada malam tadi menunjukkan masih belum ada tindakan terhadap aduan yang dibuat.

Panggilan telefon kepada Jabatan GST tiga hari berturut-turut tidak berjawab. Kami seakan tiada pilihan dan terpaksa menunggu aduan kami mendapat perhatian.

Harga barang dan perkhidmatan yang akan dinaikkan selepas 1 April adalah "anugerah" kerana ramai peniaga tanpa rasa tanggungjawab akan menaikkan harga walaupun tidak terkesan dengan GST.

Soalan yang menuntut jawapan kini, adakah rakyat perlu terus berkhemah di luar pejabat kastam bagi membolehkan suara mereka terus didengar ?

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .